Utusan Borneo (Sabah)

Selebriti popular berkolabor­asi jayakan kempen antibuli siber

-

SELEBRITI terkenal tanah air tampil berkolabor­asi bagi menjayakan kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ bagi menangani serta memerangi gejala buli siber dan penyebaran berita palsu di laman media sosial.

Bertemakan ‘Sebar Fakta Bukan Dusta’ dan ‘Aku Bersamamu’ kempen yang mendapat sokongan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang hak-hak melindungi diri daripada buli siber dan penyebaran maklumat palsu.

Kempen yang dicetuskan oleh selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd

Noor atau lebih dikenali Neelofa dilancarka­n oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Hari ini saya diberi penghormat­an untuk melancarka­n kempen melawan berita palsu yang terdiri daripada selebriti negara kita, saya mengucapka­n terima kasih dengan kesungguha­n mereka untuk membantu kami memerangi

berita palsu ini. “Tujuan kita memerangin­ya kerana berita palsu boleh melibatkan semua rakyat Malaysia. Tidak kira apa kedudukan dan pentingnya bagi kita untuk menentukan agar berita palsu bukan jadi budaya kita di Malaysia ini,” kata Salleh ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n kempen tersebut di sini, semalam.

Bercakap dalam sidang media selepas pelancaran itu, Neelofa berkata idea untuk menjalanka­n kempen tersebut tercetus daripada perbualan bersama rakanrakan selebriti lain mengenai sikap sesetengah masyarakat sekarang yang sangat lantang mengkritik dan memberikan sesuatu pendapat di platform media sosial.

Menurut beliau, kritikan yang dibuat kadang kala menggunaka­n bahasa kasar dan kesat, bersifat provokasi dan menyentuh sensitivit­i orang lain, langsung tidak menggambar­kan ciri-ciri budaya masyarakat Malaysia yang dibanggaka­n selama ini iaitu lemah lembut dan bersopan santun.

“Saya menjadi mangsa buli siber hampir setiap hari kerana ada sahaja komen-komen negatif di platform media sosial saya. Platform media sosial adalah tempat untuk menyuaraka­n pandangan mengenai pelbagai perkara namun ada pihak yang menggunaka­nnya untuk mengkritik dan menjatuhka­n orang lain,” katanya.

Seorang lagi selebriti yang turut bekerjasam­a menjayakan kempen tersebut, Datuk Hans Isaac pula berkata golongan selebriti merupakan antara yang sering menjadi mangsa buli siber, tetapi mereka jugalah antara golongan yang mempunyai pengaruh untuk membawa anjakan baharu tentang penggunaan media sosial.

“Dengan status selebriti yang dimiliki dan sokongan barisan personalit­i lain dapat membantu kita dalam mempromosi­kan kempen ini secara lebih meluas,” kata Hans yang turut bertindak selaku pengarah kempen tersebut yang akan digerakkan menerusi platform media sosial dan televisyen.

Antara selebriti lain yang turut menyumbang usaha kepada kempen itu ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Nora Danish, Maya Karin, Adibah Noor, Caprice, Joe Flizzoe, Ilaa Damia, Kavita Sidhu, Jane Teoh dan Shahrol Shiro.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BARISAN selebriti terkenal tanah air menunjukka­n kad Hentikan Buli Siber pada Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli Siber dan Berita Palsu di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BARISAN selebriti terkenal tanah air menunjukka­n kad Hentikan Buli Siber pada Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli Siber dan Berita Palsu di Kuala Lumpur semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia