Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak digemari pelabur

Dasar mesra perniagaan menjadikan negeri antara tiga destinasi pilihan pelaburan di Malaysia: KM

-

KUCHING: Dasardasar mesra perniagaan dilaksanak­an di Sarawak telah meletakkan negeri ini antara tiga destinasi pelaburan di Malaysia yang paling digemari pelabur sejak lima tahun lalu dengan jumlah pelaburan diluluskan RM46.3 bilion.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata disebabkan itu kerajaan negeri akan meneruskan dasar-dasar mesra perniagaan­nya ke arah pelaburan iaitu Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI).

“Perkembang­an pesat LONGi (Kuching) Sdn Bhd dan lain-lain seperti Taiyo Yuden dan X-FAB di sini (Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya) menunjukka­n pelabur-pelabur asing mempunyai keyakinan tinggi terhadap kerajaan negeri.

“Kita bukan sahaja mahu menarik pelaburan baharu, kita juga ingin memastikan mereka terus berjaya dan berkembang. Pada masa sama kita mahu syarikat multinatio­nal (MNC) memindahka­n teknologi, kepakaran dan pengetahua­n mereka kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian LONGi (Kuching) Sdn Bhd, sebuah syarikat mengeluark­an ‘integrated photo voltaic’ (PV) di Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya di sini, pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi LONGi (Kuching) Sdn Bhd Zhong Baoshen.

Abang Johari berkata, kejayaan pelaksanaa­n projek solar LONGi yang pantas adalah contoh kejayaan membanggak­an.

Menurutnya dalam tempoh dua tahun, LONGi telah berkembang secara agresif untuk memenuhi permintaan meningkat dalam pasaran global PV dan nilai eksport dijangka meningkat kepada RM1.5 bilion pada 2018.

Beliau berkata, LONGi Sarawakdan­TamanTekno­logi Tinggi Sama Jaya secara keseluruha­nnya amat seiring dengan inisiatif ekonomi digital yang bermatlama­t mentranfor­masikan sektor perindustr­ian negeri kepada Industri 4.0.

Kerajaan negeri juga katanya, serius membangunk­an bakat manusia dengan menubuhkan Kampung Digital di Sama Jaya dan inkubator-inkubator di seluruh negeri.

Kampung Digital dan inkubator itu ditubuhkan untuk memupuk kreativiti, inovasi dan usahawan teknologi bagi memacu Sarawak ke arah ekonomi berpendapa­tan tinggi menerusi platform ekonomi digital, jelasnya.

“Sama Jaya sentiasa dekat di hati saya sebagai Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian ketika taman ini dilancarka­n pada awal 1980-an.

“Selepas itu, ia terus berkembang maju dengan banyak syarikat multinatio­nal memberi pekerjaan kepada 10,800 pekerja dengan 99 peratus adalah rakyat tempatan,” katanya.

Mengenai pengkhusus­an LONGidalam­pengeluara­nPV untuk penghasila­n tenaga solar di satu lokasi mengeluark­an rantaian, Abang Johari mencadangk­an agar syarikat itu membangunk­an sistem solar terapung di empangan hidroelekt­rik di negeri ini untuk menjana tenaga elektrik alternatif.

“Disebabkan itu kerajaan negeri akan meneruskan­dasar-dasarmesra­perniagaan­nya ke arah pelaburan iaitu Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI)” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI memasukkan cip gergasi pada panel khas untuk menyempurn­akan Majlis Perasmian LONGi (Kuching) Sdn Bhd. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Rundi, Awang Tengah dan Zhong.
ABANG JOHARI memasukkan cip gergasi pada panel khas untuk menyempurn­akan Majlis Perasmian LONGi (Kuching) Sdn Bhd. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Rundi, Awang Tengah dan Zhong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia