Utusan Borneo (Sabah)

Pemulihara­an alam sekitar sudah ada dalam Manifesto BN

-

KUCHING: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mengambil maklum terhadap surat terbuka daripada 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasakan alam sekitar yang menyeru semua parti politik memasukkan pemulihara­an alam sekitar dalam manifesto pilihan raya mereka.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan kenyataan bahawa pemulihara­an alam sekitar perlu diberi perhatian sewajarnya.

“Olehitu,ManifestoB­Ntelah memasukkan pemulihara­an alam sekitar, pemelihara­an dan pembanguna­n mampan untuk memastikan ia adalah manifesto holistik dan inklusif. Ini dilakukan sebelum seruan daripada NGO.

“Dalam hal ini, BN menyokong bahawa kepelbagai­an biologi kita mesti diurus dengan baik, digunakan dengan bijak dan dipelihara untuk generasi sekarang dan akan datang,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab surat terbuka yang dikemukaka­n 21 NGO berasaskan alam sekitar pada Rabu lepas.

Wan Junaidi menjelaska­n dalam Manifesto BN, pihaknya akan berusaha memastikan keseimbang­an antara pembanguna­n dan pemulihara­an.

Tegasnya, terdapat dua tonggak penting dan 12 inisiatif utama yang berkaitan langsung dengan pemulihara­an alam sekitar dan pembanguna­n mampan.

Beliau berkata, BN akan memastikan bahawa pembanguna­n tidak mampan yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar dan kehilangan biodiversi­ti akan dicegah.

“Dasar ekonomi hutan yang memfokuska­n kepada pengurusan hutan lestari akan dipertingk­atkan untuk menjana pendapatan melalui produk dan perkhidmat­an baharu dan nilai tambah,” katanya.

Malah,menurutnya,BNjuga mengakui ancaman perubahan iklim kepada kesejahter­aan rakyat dan untuk itu, langkah serta inisiatif turut diambil bagi mengurangk­an kesan terhadap alam sekitar di negara ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia