Utusan Borneo (Sabah)

Tekun Nasional sedia pembiayaan lebih RM17 juta melalui produk Ar Rahnu

-

KOTA BHARU: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) berjaya membantu menyediaka­n pembiayaan berjumlah lebih RM17 juta kepada pelanggann­ya melalui produk Ar Rahnu sejak diperkenal­kannya pada 2015.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Bahar o m E m b i berkata jumlah itu meliputi pembiayaan gadaian emas daripada hampir 8,000 transaksi di semua cawangan Ar Rahnu Tekun Nasional di seluruh negara.

“Daripada perkembang­an itu kita percaya keyakinan pelanggan khususnya usahawan mikro makin meningkat terhadap produk kita sekaligus menjadi rangsangan untuk Tekun Nasional meluaskan perkhidmat­an ini ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan Premis Ar Rahnu Tekun Nasional Cawangan Kota Bharu di sini, pada Rabu.

Turut hadir Pengurus Tekun Nasional Kelantan Che Othman Che Wil.

Ar Rahnu Tekun Nasional Kota Bharu adalah cawangan ketujuh Ar Rahnu Tekun Nasional bagi membuka peluang kepada usahawan dan bakal usahawan di pedalaman serta di bandar meningkatk­an peluang pembiayaan perniagaan bagi keperluan sara hidup yang lebih baik.

Baharom berkata skim patuh syariah itu merupakan antara usaha Tekun Nasional dalam membantu usahawan yang berdepan masalah kekurangan modal walaupun setelah mendapat pembiayaan daripada pihaknya sebelum ini.

Sementara itu, beliau berkata sebuah lagi cawangan Ar Rahnu Tekun Nasional akan dibuka di Johor Baharu pada Julai ini.

Beliau berkata Ar Rahnu Tekun Nasional menawarkan pekhidmata­n pembiayaan dengan upah simpan serendah RM0.50 bagi setiap nilai marhum RM100 dengan pembiayaan gadaian sehingga RM100,000.

Perkhidmat­an lain yang turut disediakan termasuk mencuci barang kemas dengan upah serendah RM3 dan menyimpan barang kemas dengan ujrah RM0.60 bagi setiap nilai marhum RM100.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia