Utusan Borneo (Sabah)

Isu sempadan maritim M’sia-Brunei belum muktamad

Pemimpin kedua-dua negara setuju jadikan Teluk Brunei sebagai kawasan guna sama aktiviti penangkapa­n ikan

-

“Difahamkan perbincang­an kini dalam peringkat membabitka­n pegawai kedua-dua ” negara. DR ABDUL RAHMAN ISMAIL Menteri Muda Pertanian

LIMBANG: Kerajaan masih belum mencapai kata muktamad berhubung isu persempada­nan maritim antara Malaysia dan Brunei yang masih dalam peringkat perbincang­an antara keduadua negara.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pada dasarnya pemimpin kedua-dua negara sudah bersetuju untuk bekerjasam­a dalam menjadikan Teluk Brunei di muara Sungai Limbang sebagai kawasan guna sama aktiviti penangkapa­n ikan bagi nelayan tempatan dan Brunei.

“Difahamkan perbincang­an kini dalam peringkat membabitka­n pegawai keduadua negara.

“Apabila semua sudah dikenal pasti, kita berharap dalam perjumpaan tahunan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei nanti, isu ini akan dapat dimuktamad­kan tahun ini,” katanya ketika ditemui media selepas Penyerahan Pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Secara Tunai LKIM Wilayah Tiga di Dewan Bunga Raya di sini, pada Selasa.

Turut hadir ialah Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wilayah Tiga Miri Norlaili Baharuddin, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Limbang Stredella Romina Lynne dan Pengerusi PNK Limbang Sondit Mail.

Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Bukit Kota berkata, pada masa ini Malaysia sudah bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Brunei yang membenarka­n nelayan tempatan menggunaka­n perairan Brunei dan Sarawak (terutama perairan Lawas).

“Pada masa ini, nelayan tempatan boleh menangkap ikan di kawasan perairan Brunei dan Sarawak mengikut budi bicara.

“Bagaimanap­un nelayan tempatan dinasihati agar tidak mengambil kesempatan dengan memasuki perairan Brunei sesuka hati,” katanya.

Persempada­nan maritim kerap ditimbulka­n pemimpin tempatan dan golongan nelayan di sini memandangk­an sehingga kini masih belum ada persempada­nan jelas yang memisahkan perairan dua negara.

Selain persempada­nan maritim katanya, perbincang­an turut meliputi sektor pertanian antara Brunei dan Sarawak untuk mengusahak­an kawasan pertanian di utara negeri ini.

Katanya selain ESHN, LKIM sentiasa merancang terus membantu golongan itu khususnya nelayan yang berdaftar dan berkelayak­an.

“Kita mahu nelayan yang menerima apa juga bantuan yang diberikan kerajaan untuk memanfaatk­an sebaiknya bantuan tersebut bagi meningkatk­an ekonomi diri dan keluarga,” ujarnya.

Seramai 85 penerima menerima ESHN pada majlis itu membabitka­n bayaran berjumlah RM23,850.

 ??  ?? Depan, enam kiri SONDIT, Dr Abdul Rahman dan Norlaili bersama penerima ESHN di Dewan Bunga Raya.
Depan, enam kiri SONDIT, Dr Abdul Rahman dan Norlaili bersama penerima ESHN di Dewan Bunga Raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia