Utusan Borneo (Sabah)

Pelanggan ‘ookyo’ akan menikmati Internet tanpa had untuk empat aplikasi pilihan: Maxis

-

KUCHING: Maxis Berhad mengumumka­n kelmarin bahawa semua pelanggan ‘ookyo’ akan menikmati Internet tanpa had untuk empat aplikasi pilihan mereka tanpa sebarang sekatan atau syarat sepanjang hari, setiap hari.

Menurut kenyataan akhbar kelmarin, pengguna Maxis boleh memilih empat aplikasi daripada lebih 100 aplikasi dan juga menikmati data berkelajua­n tinggi tambahan sebanyak 5GB serta panggilan dan SMS tanpa had, dari hanya RM30 sebulan.

Di samping itu, pengguna boleh menikmati kelajuan terpantas, kerana ookyo dikuasai oleh Maxis 4G.

“ookyo adalah 100 peratus pelan prabayar digital, di mana keseluruha­n perkhidmat­an dan pengalaman boleh diuruskan sendiri dengan mudah daripada aplikasi ookyo, termasuk pendaftara­n, pengurusan aplikasi, perkhidmat­an pelanggan dan pembayaran.

“Pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran melalui debit langsung dan memilih untuk memperbaha­rui pelan mereka secara automatik.

“Apa yang membuatkan ookyo sangat menarik adalah ia memberi pengguna kawalan sepenuhnya untuk menikmati Internet mengikut keinginan mereka. Pelan ookyo baharu ini seiring dengan kehendak pasaran,” katanya.

Kini, terdapat pelbagai aplikasi yang baharu dan popular yang sentiasa muncul, dan kami ingin memberi pengguna kebebasan untuk memilih empat aplikasi kegemaran mereka.

Mereka juga mempunyai fleksibili­ti untuk menukar pilihan mereka pada bulan seterusnya. Ookyo merupakan satu-satunya pelan prabayar digital yang memberi tawaran ini.

“Jika aplikasi kegemaran anda tidak termasuk dalam senarai kami, sila beritahu kami.

Kongsikan melalui aplikasi ookyo dan kami akan cuba masukkanny­a dalam senarai kami,” kata Ketua ookyo Maybel Chan.

Pengguna boleh mendaftar ke ookyo secara digital. Mereka hanya perlu mendaftar di laman web ookyo (www.ookyo.com. my), atau memuat turun aplikasi ookyo dari Google Play Store. SIM percuma akan dihantar kepada mereka tanpa caj.

Untuk maklumat lanjut tentang ookyo, saksikan video ini: https://youtu. be/K8P86ACBo_8.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia