Utusan Borneo (Sabah)

Indeks Harga Pengguna meningkat 1.3 peratus pada Mac

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang mengukur inflasi secara menyeluruh, meningkat sebanyak 1.3 peratus pada Mac 2018 berbanding bulan sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Perangkaan berkata antara kumpulan utama yang mencatatka­n peningkata­n adalah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+2.8 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelengg­araan isi rumah (+2.1 peratus); kesihatan (+2.0 peratus); perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (+2.0 peratus); restoran & hotel (+2.0 peratus) serta pendidikan (+1.1 peratus).

Selain itu, IHP bagi tempoh Januari-Mac 2018 meningkat 1.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2017.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata keseluruha­n indeks itu turut dipengaruh­i oleh penurunan dalam kumpulan pengangkut­an iaitu sebanyak 1.5 peratus pada Mac 2018.

“Kumpulan lain yang menunjukka­n penurunan adalah pakaian dan kasut (0.7 peratus) dan komunikasi (-0.7 peratus),” katanya.

Secara keseluruha­nnya, IHP Selangor dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya (+1.6 peratus), Melaka (+1.5 peratus) and Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (+1.4 peratus) adalah melepasi paras IHP nasional sebanyak 1.3 peratus dicatatkan pada Mac 2018 berbanding Mac 2017.

Selain itu, jabatan itu berkata, kenaikan indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang lebih tinggi juga dicatatkan di kebanyakan negeri.

“Empat negeri mencatat kenaikan bagi indeks makanan dan minuman bukan alkohol melebihi paras indeks nasional (+2.8 peratus) pada Mac 2018 berbanding bulan sama pada 2017,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia