Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: 28,356 pengundi di Labuan layak mengundi

Disahkan layak mengundi pada PRU14

-

LABUAN: Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) merekodkan seramai 28,356 pengundi berdaftar di Parlimen Labuan adalah layak mengundi pada PRU14 kali ini.

Menurut Timbalan Pegawai Pengurus Pilihanray­a P.166 Labuan Awang Marten Abd Rahman, daripada jumlah itu, seramai 2,309 orang merupakan pengundi awal yang terdiri kalangan anggota tentera dan polis, lima orang pula merupakan pengundi pos yang bermastaut­in di luar negara dan 26,042 pula merupakan pengundi biasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Taklimat Pilihanray­a PRU14 Parlimen Labuan di Dewan Mutiara Kolej Matrikulas­i Labuan, pagi Khamis.

Pihaknya sudah bersiap siaga dari segi petugas, peralatan dan persiapan tempat membuang undi pada hari pilihan raya yang mana, seramai 424 orang termasuk anggota polis akan bertugas pada PRU kali ini.

“Bagi Parlimen Labuan, terdapat 17 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai 51 saluran untuk undi biasa manakala bagi tujuan pengundian awal, terdapat dua PDM yang mempunyai empat saluran mengundi.

“Terdapat 17 sekolah yang akan terlibat pada proses pembuangan undi kelak yang mana dua daripadany­a merupakan Kolej Matrikulas­i Labuan dan Kolej Vokasional Labuan,” katanya.

Marten berkata, pihak SPR turut menyediaka­n kemudahan bagi pengundi yang kurang upaya (OKU) mahupungol­onganwarga­emas iaitu kerusi roda di samping SPR turut mewujudkan petugas khas iaitu Pemandu Arah Pusat Pengundi bagi membantu golongan kurang upaya dan warga emas untuk membuang undi.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad, seramai 287 pegawai dan anggotanya terlibat semasa PRU14 berlangsun­g, yang mana cuti bagi mana-mana pegawai dan anggotanya telah dibekukan bagi memastikan perjalanan PRU14 bagi Parlimen Labuan berjalan lancar.

Beliau juga berharap agar penyokong parti politik yang terlibat pada PRU14 di Labuan dapat bersamasam­a memastikan keadaan aman dan tenteram semasa proses kempen pilihan raya berlangsun­g.

 ??  ?? MARTEN (kanan) dan Farid (kiri) ketika ditemui pemberita.
MARTEN (kanan) dan Farid (kiri) ketika ditemui pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia