Utusan Borneo (Sabah)

UiTM antara universiti terbaik di Asia

Melonjak 23 anak tangga berbanding tahun 2017

- Oleh SADDAM EDRIS

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) disenarai sebagai universiti ke-158 terbaik di seluruh benua Asia

mengikut laporan Quacquarel­li Symonds (QS) Asia University Ranking 2018.

Pro Canselor UiTM Tan

Sri Dr Sallehuddi­n Mohamed berkata, laporan itu menunjukka­n kedudukan UiTM melonjak sebanyak 23 anak tangga berbanding tahun 2017.

“Penarafan yang dinilai dari pelbagai aspek ini juga menjadikan UiTM antara 1.3 peratus universiti terbaik daripada kira- kira 11,900 universiti di seluruh Asia.

“Ini membuktika­n bahawa UiTM terus konsisten dalam menunjukka­n peningkata­n kedudukan di peringkat asia dan dunia,” katanya pada Majlis Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke88, UiTM Cawangan Sabah pada Khamis.

Menurutnya, laporan Penarafan Kebolehpas­aran Graduan Dunia QS 2018 juga meletakkan pasaran graduan UiTM antara 500 institut pengajian tinggi yang terbaik di dunia dan tiga terbaik di Malaysia.

Katanya, kedudukan itu menunjukka­n bahawa kualiti graduan yang dikeluarka­n oleh UiTM berada pada tahap yang baik dan membanggak­an.

“Penanda aras ini membuktika­n bahawa graduan UiTM sangat dinanti-nantikan oleh para majikan kerana mempunyai keunikan dalam segi kemahiran diri, berbeza daripada hasil institut pengajian tinggi yang lain,” katanya.

Pada majlis konvokesye­n berkenaan, seramai 617 graduan menerima ijazah dan diploma masingmasi­ng.

Turut hadir ialah Reaktor UiTM cawangan Sabah Profesor Madya Datuk Dr Abdul Kadir Rosline.

 ??  ??
 ??  ?? GRADUAN UiTM merakam gambar kenangan selepas menerima segulung sijil tamat pengajian.
GRADUAN UiTM merakam gambar kenangan selepas menerima segulung sijil tamat pengajian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia