Utusan Borneo (Sabah)

Calon Parlimen, DUN akan diumum Pengerusi BN Negeri: Zahid

-

BAGAN DATUK: Barisan Nasional negeri-negeri akan mengumumka­n senarai calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masingmasi­ng pada Pilihan Raya Umum Ke-14, bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kuasa kepada semua pengerusi BN negeri untuk mengumumka­n calon masing-masing.

“Kami (kepimpinan BN) telah menyerahka­n tarikh (pengumuman calon) yang sesuai kepada beliau (pengerusi BN negerinege­ri), jadi kami serahkan kepada beliau tanpa perlu ada hint (bayangan tarikh pengumuman) daripada mana-mana pihak.

“Keputusan telah dibuat bahawa semua calon Parlimen dan DUN negeri-negeri diumumkan oleh pengerusi BNnegeri-negeriberk­enaan,” kata timbalan perdana menteri kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit 4 di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagaimen­gulas khabarangi­n sejak beberapa hari lalu yang kononnya perdana menteri akan menyerahka­n watikah pencalonan kepada caloncalon BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) secara berperingk­at pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Ahmad Zahid menafikan dakwaan berkenaan dengan berkata: “Khabar angin ini biasalah, janganlah tulis tentang berita yang berasaskan khabar angin. Saya bercakap ini sebagai Timbalan Pengerusi BN, ini bukannya khabar angin, ini khabar betul”.

Pada 15 April lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitah­u bahawa BN dijangka mengumumka­n senarai calon PRU14 dalam tempoh tujuh atau 10 hari sebelum penamaan calon pada 28 April.

Suruhanjay­a Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU14 pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia