Utusan Borneo (Sabah)

TAKTIK PEMBANGKAN­G

Yahya nafi khabar angin ramai ahli Umno keluar parti

- Oleh SADDAM EDRIS

PUTATAN: Khabar angin yang mendakwa ramai ahli Umno keluar parti adalah tidak benar dan hanyalah propaganda pihak pembangkan­g, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubunga­n Umno Sabah menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya.

“Saya sama sekali tidak mendengarb­erkaitanis­uramai ahli keluar parti dan berita yang ditularkan itu adalah tidak benar dan ia adalah propaganda pembangkan­g.

“Biasalah jika ada seorang, dua ahli lompat parti tapi bukanlah dengan jumlah besar dan ini disebabkan mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan kursus kemahiran Quick Win Bakery dan Online Marketing, di sini pada Khamis.

Yahya yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas itu berkata, dakwaan palsu itu hanyalah cerita kosong daripada pihak pembangkan­g sempena pilihan raya umum ke-14.

Katanya, kebanyakan cerita yang digembar-gemburkan itu hanyalah khabar angin semata-mata dengan membangkit­kan isu lama.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar dapat merujuk serta periksa terlebih dahulu sumber berita sebelum menerimany­a.

Sementara itu, sesiapa pun calon parti BN yang dipilih, beliau akan terus menyokong penuh dan bekerja keras demi meraih kemenangan dengan majoriti besar pada PRU kali ini.

“Kita yakin bahawa BN akan menang majoriti kerusi kerana kita bekerja keras dan sentiasa memastikan misi parti tercapai demi untuk manfaat rakyat di negeri ini,” katanya.

 ??  ?? YAHYA (dua kanan) menyampaik­an sijil kursus serta peralatan dapur seperti mesin pengadun kepada salah seorang peserta.
YAHYA (dua kanan) menyampaik­an sijil kursus serta peralatan dapur seperti mesin pengadun kepada salah seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia