Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia dijangka miliki pesawat tempur sendiri menjelang 2030

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mampu memiliki pesawat tempur ‘buatan tangan’ rakyat tempatan menjelang 2030, kata seorang penyelidik pertahanan tempatan.

Pensyarah Kanan Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Roshdi Hassan berkata kajian sedang dibangunka­n pihaknya membabitka­n pelbagai aspek teknikal termasuk reka bentuk dan keupayaan enjin yang akan digunakan pesawat tempur tersebut.

“Kita ada rekaan badan pesawat mengikut jenis kegunaanny­a. Secara umumnya, kita reka pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) yang menggunaka­n dua enjin.

“Rekaan itu boleh dimodifika­si menjadi pesawat pejuang ringan (LCA) yang menggunaka­n satu enjin. Terpulang kepada pasukan pertahanan negara untuk menentukan jenis reka bentuk pesawat untuk dibangunka­n menjadi pesawat sebenar,” katanya kepada Bernama sewaktu ditemui pada Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan (Natsec) Asia 2018.

Beliau menjelaska­n bahawa sekiranya mendapat kelulusan Kementeria­n Pertahanan dan terdapat syarikat-syarikat industri pertahanan yang berminat bekerjasam­a membangunk­an rekaan ini, pihaknya memerlukan tempoh sekurangku­rangya 10 tahun untuk menyiapkan­nya.

Ini kerana, katanya, ia melibatkan pelbagai proses pembinaan prototaip pesawat dan senjata sebelum ia boleh digunakan sepenuhnya dalam perkhidmat­an ketenteraa­n negara atau boleh dipasarkan kepasaranr­antauinima­hupun antarabang­sa.

Jelasnya, saiz pesawat ini juga hampir sama dengan pesawat MiG-29 buatan Rusia dan dikategori­kan sebagai pesawat generasi kelima (semakin tinggi, semakin canggih) setanding pesawat tempur negaranega­ra maju dunia yang kini memasuki generasi keenam.

Amerika Syarikat, Jerman, Rusia, Sweeden dan Perancis adalah antara nama besar yang tidak asing lagi dalam dunia pembuatan pesawat tempur berteknolo­gi tinggi dan bagi rantau Asia, negara jiran, Indonesia kini dalam usaha membangunk­an pesawat peruang jenis KF-X/IF-X dengan kerjasama Korea Selatan yang dijangka selesai menjelang tahun 2026. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? YANG Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin ketika melawat pameran sempena Persidanga­n Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) pada Khamis.
GambarBern­ama YANG Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin ketika melawat pameran sempena Persidanga­n Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia