Utusan Borneo (Sabah)

Bantu martabat budaya KDM

Kumpulan Sebangga sumbang RM100,000 kepada KDCA

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Kumpulan Sebangga akan memberi sumbangan berterusan kepada Persatuan Kebudayaan Kadazan-Dusun (KDCA) bagi penganjura­n Pesta Kaamatan peringkat negeri.

Pengerusi Kumpulan AA Capital Datuk Arif Ambrose Ng berkata pemberian sumbangan itu bertujuan membantu meringanka­n bebanan kewangan persatuan berkenaan yang berdepan keperluaan kewangan yang tinggi.

Beliau berkata usaha itu juga sebagai inisiatif Kumpulan Sebangga untuk sama-sama membantu KDCA memelihara dan memartabat­kan budaya

“Budaya masyarakat tempatan perlu dipelihara bagi memastikan golongan muda tidak lupa budaya ” warisan mereka. DATUK ARIF AMBROSE NG Pengerusi Kumpulan AA Capital

masyarakat Kadazan Dusun supaya ia tidak hilang ditelan zaman.

“Budaya masyarakat tempatan perlu dipelihara bagi memastikan golongan muda tidak lupa budaya warisan mereka,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap lebih ramai syarikat swasta akan tampil untuk membantu mempromosi­kan budaya masyarakat Sabah kepada dunia luar.

Arif berkata selain sumbangan itu, mereka juga melaksanak­an banyak program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di Sabah dan Sarawak sepanjang dua tahun mereka beroperasi di Sabah.

Sempena sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini, Kumpulan Sebangga menyumbang­kan RM100,000 kepada KDCA. Malah, mereka turut menaja kenderaan rasmi Unduk Ngadau peringkat negeri pada tahun ini.

Kumpulan Sebangga adalah pengedar rasmi bagi kereta jenama Subaru untuk Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Mengenai persiapan penganjura­n Pesta Kaamatan 2018, Setiausaha Agung KDCA Datuk John Anthony berkata semua persiapan berjalan lancar untuk pelancaran dan juga acara kemuncak pada 30-31 Mei depan.

Setiap tahun, KDCA memerlukan perbelanja­an yang tinggi dalam penganjura­n acara tahunan itu. Walaupun Kerajaan Negerimemb­erisumbang­an namun, bantuan pihak swasta seperti Kumpulan Sebangga amat dialu-alukan dan dihargai.

Katanya perbelanja­an yang diperlukan lebih RM1.2 juta setiap tahun untuk penganjura­n Pesta Kaamatan.

Bagi acara Unduk Ngadau, tahun ini akan memperliha­tkan penglibata­n 46 daerah termasuk satu kawasan baharu iaitu Pulau Pinang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia