Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin komponen BN Sepanggar sokong Abdul Rahman

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Inanam Fredolin Totin Bangon menyambut baik serta sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan sekiranya beliau dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sepanggar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Saya lihat pemimpin-pemimpin parti komponen BN telah pun mengistiha­rkan sokongan dan kerjasama mereka kepada Rahman Dahlan untuk bertanding di Parlimen Sepanggar.

“Ini merupakan satu petanda baik dan perubahan besar kepada Sepanggar terutama dari segi pembanguna­n di kawasan ini selepas pilihan raya umum ini nanti,” katanya.

Beliau berklata demikian ketika ditemui pada program lawatan ke pusat-pusat daerah mengundi (PDM) kawasan Inanam bersama Abdul Rahman serta para pemimpin komponen BN Sepanggar pada Rabu.

Fredolin berkata, isu calon luar bukanlah menjadi satu masalah besar yang boleh menyebabka­n kekalahan BN di Sepanggar.

“Apa yang penting sekarang ialah rakyat Sepanggar haruslah mengutamak­an parti BN dan memastikan parti ini menang di Sepanggar dan memberi peluang kepada Rahman Dahlan untuk membuktika­n kemampuann­ya membanguna­kan kawasan Sepanggar,” katanya.

Katanya, Sepanggar memerlukan seorang pemimpin berpandang­an jauh yang mampu membawa pembaharua­n dan pembanguna­n terutamany­a di kawasan Inanam yang masih memerlukan kemudahan infrastruk­tur, khususnya naik taraf jalan raya dan kemudahan air bersih.

Sementara itu, ketika ditanya peluangnya untuk dicalonkan pada PRU14 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, Fredolin berkata beliau telah pun bekerja di Inanam selama hampir lima tahun bersama-sama rakyat dan menaikkan semula nama PBS di Inanam.

“Terpulang kepada pucuk pimpinan PBS Pusat untuk menilai kerja yang telah saya laksanakan di Inanam terutamany­a dalam menguatkan semula PBS yang telah berpecah selepas PRU13 lalu.

“Jika saya dipilih sebagai calon pada PRU14 bagi kerusi DUN Inanam, saya sudah bersedia seratus peratus dengan kekuatan jentera pilihan raya yang telah pun diwujudkan dan beroperasi di setiap 12 PDM di Inanam,” katanya.

Beliau juga amat yakin bahawa pengundi di Inanam pastinya akan memberi kemenangan kepada siapa pun calon BN di Parlimen Sepanggar dan DUN Inanam.

“Pengundi di Inanam juga telah pun merasai dan melihat sendiri kerja yang dibuat oleh pemimpin pembangkan­g selama lima tahun di Inanam.

“Justeru, terpulang kepada rakyat mahu memilih semula pembangkan­g yang sudah ternyata gagal di Inanam ataupun memilih semula BN pada PRU14,” katanya.

 ??  ?? FREDOLIN
FREDOLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia