Utusan Borneo (Sabah)

Miliki keluaran tidak berdaftar, lelaki didenda RM4,000

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memiliki keluaran tidak berdaftar dan tidak bernotifik­asi.

Ho Weh Thin, 39, yang tidak diwakili peguam dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Azreena Aziz, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 7 (1) (a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, kerana memiliki sepuluh jenis keluaran tidak berdaftar.

Antaranya Siang Pure Yellow Balm tiga kotak, Sedap Malam dua botol, Jamu Exclusive Kacip Malam dua botol, dan Mahora Minyak Gamat Asli sebotol.

Sekali lagi, Ho didakwa mengikut Seksyen 18 A (1) (a) peraturan sama, atas kesalahan memiliki 16 jenis kosmetik yang tidak bernotifik­asi.

Antaranya Jolen Creme Bleach tujuh kotak, Aloe Vera dan Snail Extra White Soap sekotak, Omo White Plus sekotak dan Glowing Speed Whitening Turbo satu set.

Kedua-dua kesalahan didapati dilakukan pada 15 Ogos tahun lalu jam 12 tengah hari di Boxes World, Centre Point, di sini.

Untuk setiap pertuduhan itu, tertuduh dikenakan denda RM2,000 atau gagal bayar penjara selama tempoh dua bulan.

Berdasarka­n fakta kes, sepasukan penguatkua­sa farmasi ke premis terbabit untuk menjalanka­n pemeriksaa­n dan didapati terdapat keluaran tidak berdaftar dan bernotifik­asi.

Keluaran terbabit dihantar kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), disahkan tidak memiliki Sijil Perakuan Pendaftara­n, mengikut Peraturan 9 (4) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Semasa rayuan, Ho yang tidak diwakili peguam memohon dendanya dikurangka­nmemandang­kan keadaan ekonomi sekarang ini kurang baik.

Pegawai Pendakwa Raja Nurul Fatin Raja Kamarulzam­an dari Jabatan Farmasi menyatakan, penggunaan keluaran tidak berdaftar boleh mendatangk­an kesan sampingan kepada masyarakat.

Beliau memohon hukuman setimpal dikenakan, agar menjadi amaran kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan kesalahan sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia