Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Tangan Bersalaman bantu program Basmi Denggi SK Pekan Satu

-

LABUAN: Skuad Tangan Bersalaman (STB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) telah membantu menjayakan Majlis Pelancaran Patrol Denggi 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Satu.

Mereka yang terdiri daripada pegawai dan anggota serta ahli STB itu diketuai Ketua Polis Daerah Labuan, Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad.

Majlis perasmian Program Pemimpin Bersama Warga SK Pekan Satu, GotongRoyo­ng Perdana dan Majlis Pelancaran Patrol Denggi 2018 disempurna­kan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Haji Alias.

Turut hadir, Guru Besar SK Pekan Satu Anita Shyamini Azman, Ketua Unit Perhubunga­n, Pendaftran dan Pendidikan Swasta Zaliha Mohd Salleh, Pegawai Perhubunga­n Sekolah ASP Mohd Amy Dazni Danial dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 Tan Soon Kiat.

Sementara itu, Penolong Kanan HEM Noorlihan Abdul Alip selaku penyelaras program mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu.

Katanya, kehadiran 1,020 peserta membuktika­n komitmen dan kesungguha­n ibu bapa dan komuniti setempat untuk melihat SK Pekan Satu terus cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kebersihan, keceriaan dan keselamata­n.

Beliau tidak lupa mengucapka­n terima kasih atas kerja keras 84 guru, 12 staf dan 323 murid Tahap Dua yang turut membantu menjayakan program itu.

“SK Pekan Satu mahu menjadi sekolah yang terbaik bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga ceria, selamat dan bersih. Dengan cara itu sahaja akan menarik minat murid dan guru datang ke sekolah pada setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Bashir memuji dan kagum dengan penglibata­n PDRM yang sentiasa membantu menjalanka­n khidmat kepada masyarakat setempat.

 ??  ?? AHLI Skuad Tangan Bersalaman IPD Labuan membantu membersihk­an SK Pekan Satu.
AHLI Skuad Tangan Bersalaman IPD Labuan membantu membersihk­an SK Pekan Satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia