Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar maut dilanggar kereta tunda hilang kawalan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

RANAU: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dilanggar kereta tunda di Kilometer 39 Jalan RanauTelup­id di sini pada Selasa.

Mangsa Nor Aliz Khairunnis­ya Azazahari, 16, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matupang disahkan maut serta merta di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata rakan mangsa turut patah di bahagian kaki kanan dan luka di kepala dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati kereta tundayangd­ipandulela­kiberumur 33 tahun dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Telupid.

“Kereta yang dinaiki kemudianny­a mengalami masalah dan gagal dikawal sebelum melanggar mangsa bersama rakannya yang ketika itu dalam perjalanan balik dari sekolah menuju rumah yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian, sebaik terbabas di bahagian kiri jalan,” katanya.

Katanya impak kemalangan menyebabka­n mangsa maut serta merta di lokasi kejadian manakala rakannya turut mengalami kecederaan parah.

Menurutnya siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar pelajar sekolah.

“Polis bagaimanap­un meneruskan siasatan terperinci dan menghantar sampel darah bagi ujian dadah dan alkohol.

“Kedua-dua mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Ranau untuk tindakan selanjutny­a dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta tunda selepas terbabas di Kilometer 39 Jalan Ranau-Telupid pada Selasa.
KEADAAN kereta tunda selepas terbabas di Kilometer 39 Jalan Ranau-Telupid pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia