Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan setinggan digempur

11 PTI ditahan dalam Operasi Bersepadu

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 11 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam Operasi Bersepadu yang diselaras Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di dua kawasan perumahan setinggan di daerah ini iaitu Kampung Betik dan Kg Jawa, di sini pada Khamis.

Komander Esscom DCP Dato’ Hazani Ghazali, berkata operasi yang bermula pada jam 3 pagi dan berakhir jam 7.30 pagi itu telah memberi tumpuan kepada beberapa kawasan perkampung­an yang disyaki menjadi tempat persembuny­ian PTI di daerah ini.

“Dalam operasi berkenaan, seramai55o­rangtelahd­iperiksa dandaripad­ajumlahitu­seramai 11 PTI telah ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua 11 PTI yang ditahan adalah warga Filipina yang terdiri daripada lima lelaki dan enam wanita termasuk tiga kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 2-60 tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(5)(b), Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002),” katanya pada Khamis.

Beliau berkata kesemua tahanan telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tindakan lanjut, sebelum dihantar pulang ke negara asal masingmasi­ng.

Sementara itu, operasi berkenaan turut disertai oleh empat pegawai bersama 23 anggota yang terdiri daripada Jabatan Imigresen, Esscom, IPD Lahad Datu dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 17 Lahad Datu diketuai oleh Pegawai Pemerintah Medan ASP Abd Mutalib Harun.

Beliau berkata operasi berkenaan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Kesemua 11 PTI yang ditahan adalah warga Filipina yang terdiri daripada lima lelaki dan enam wanita termasuk tiga kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 2-60 tahun DCP DATO’ HAZANI GHAZALI Komander Esscom

 ??  ?? KELIHATAN pegawai dan anggota sedang melakukan pemeriksaa­n dokumen sekitar kawasan operasi.
KELIHATAN pegawai dan anggota sedang melakukan pemeriksaa­n dokumen sekitar kawasan operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia