Utusan Borneo (Sabah)

500 hadiri seminar kesan cuaca dan alam sekitar

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Seramai 500 orang dari dalam dan luar negara menghadiri seminar kesan cuaca dan alam sekitar terhadap stragegi keselamata­n kebakaran, bertempat di Mageglan Sutera Harbour Resort, di sini pada Khamis.

Seminar itu dianjurkan bersama oleh Institute of Fire Engenering (IFE) cawangan Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sabah.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Dato’ Soiman Jahid berkata, seminar itu diadakan sempena sambutan 100 Tahun IFE 2018 dan Ulang Tahun Ke-21 IFE cawangan Malaysia.

Berucap di majlis itu, Soiman berkata seminar sehari itu bertujuan memberikan pengetahua­n kepada golongan profesiona­l dan industri yang berkaitan industri kebombaan mengenai pengurusan bencana, masalah yang dihadapi dan kerjasama yang perlu dilaaksana­kan antara industri dan JBPM.

Beliau berkata, tema seminar itu diperolehi daripada banyak isu keselamata­n kebakaran yang dihadapi oleh industri pembinaan di seluruh dunia akibat cuaca, perubahan alam sekitar dan inovasi dalam industri pembinaan serta kesukaran yang dihadapi oleh perkhidmat­an penyelamat dan kebakaran akibat cuaca buruk.

Katanya, dengan perubahan pola cuaca, banyak bencana alam misalnya gempa bumi, gegaran, banjir, slaid lumpur, hujan lebat, suhu melampau telah menjadi lebih menonjol ketika ini.

“Bencana alam ini boleh menimbulka­n cabaran kepada pemilik bangunan dan perkhidmat­an pengangkut­an bomba dan penyelamat, kesulitan logistik serta kelewatan anggota bomba tiba di tempat kejadian.

“Oleh itu, adalah wajib di bawah Sijil Kebakaran di mana pemilik bangunan mesti bersedia menghadapi kejadian kebakaran supaya mereka dapat memadamkan kebakaran atau sekurang-kurangnya dapat mengawal kebakaran sehingga anggota bomba tiba.

“Selain itu, memahami kemungkina­n risiko kebakaran dan bahaya yang disebabkan oleh cuaca buruk adalah faktor penting bagi keselamata­n penghuni dan melindungi nilai pelaburan hartanah,” katanya.

Sebanyak lima kertas kerja dibentangk­an oleh para penceramah terdiri golongan profesiona­l dari JBPM dan Singapura berkaitan industri keselamata­n dan kebombaan yang ada di seluruh dunia.

 ??  ?? SOIMAN (tengah) melancarka­n seminar berkenaan.
SOIMAN (tengah) melancarka­n seminar berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia