Utusan Borneo (Sabah)

Sistem pendidikan perlu selari era digital

-

BINTULU: Sistem pendidikan konvension­al perlu dirangka selari dengan kebangkita­n era ekonomi digital mengikut keutamaan dasar kerajaan negeri yang beralih ke arah menjadi negeri maju menjelang 2030.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ledakan teknologi digital mewujudkan revolusi ekonomi baharu dengan industri memerlukan tenaga kerja mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Katanya, dalam masa beberapa tahun tidak mustahil kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah akan mendapati diri mereka menyumbang dalam pekerjaan yang belum wujud lagi pada hari ini.

“Persediaan menghadapi cabaran ekonomi digital bermakna menyedia bakat diperlukan untuk menyokongn­ya mengikut yang diperlukan

Sarawak sebagai negeri membangun,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Sijil Program Cambridge ICT Starters (CIS) SekolahSek­olah Rendah Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh yang hadir mewakiliny­a.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kakus Datuk John Sikie Tayai, Adun Samalaju Majang Renggi, Pengerusi Danawa Eduction Sdn Bhd Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli merangkap Setiausaha Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsesi Hutan (LKWKKH) Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia