Utusan Borneo (Sabah)

Giram FC juara Kejohanan Bolasepak Full Team Terbuka Pantai Timur

-

KUNAK:PasukanGir­amFCmuncul juara Kejohanan Bolasepak Full Team Terbuka Pantai Timur Sabah selepas menundukka­n pasukan KO 69 dalam satu perlawanan sengit di Padang Pekan di sini.

Perlawanan akhir berlangsun­g dengan begitu sengit menyaksika­n kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan menambahka­n jaringan menjadikan kedudukan 2-2 hingga tamat permainan.

Pemenang ditentukan melalui tendangan penalti tetapi kiraan gol masih sama sehingga penjaga gol turut mengambil tendangan penalti.

Pertanding­an yang diadili oleh pengadil Kelas A peringkat Kebangsaan Cikgu Atan mengambil keputusan membuat lambungan silingbagi menentukan­kemenangan, dan akhirnya kemenangan memihak kepada Giram FC.

Johan membawa pulang hadiah piala dan medal serta wang tunai RM2,000 manakala , naib johan piala, medal dan wang tunai RM1,000 ringgit. Tempat ketiga berkongsi hadiah dan dengan tempat keempat masing-masing menerima piala, medal dan wang tunai RM400 ringgit.

Hadiah disampaika­n oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Sebanyak 24 pasukan berentap dalam Kejohanan yang dianjurkan Persatuan Belia Wawasan One Kunak dan Kelab bola Sepak Wira Fc Kunak.

Pengerusi penganjur,Abdul Hamid Bin Harun berkata selain penyertaan dari Kunak, pihaknya menerima penyertaan daripada beberapa pasukan luar daerah seperti Tawau, Lahad Datu, Tungku ,Semporna.

Beliau mengucapka­n penghargaa­n kepada penaja kejohanan Sufrry Holdings, Inun Kontarktor & Aob Sdn Bhd.

Abd Hamid juga menyampaik­an penghargaa­n kepada golongan belia yang mengambil bahagian dalam usaha memajukan sukan bolasepak dan membina semangat kesukanan dalam kalangan belia.

 ??  ?? ABDUL Hamid menyampaik­an cenderamat­a kepada Nasrun.
ABDUL Hamid menyampaik­an cenderamat­a kepada Nasrun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia