Utusan Borneo (Sabah)

453 atlet veteran berentap

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Seramai 453 atlet veteran telah mengesahka­n aksi berentap di Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Sabah (SAMOC) 2018 di Stadium Likas bermula 28-29 April.

Kejohanan edisi Ke-8 tahun ini akan berlangsun­g bermula 7.00 pagi hingga 5.00 petang.

Presiden Persatuan Olahraga Masters Sabah (SAMAS) Aliudin Jumaat (gambar) berkata, angka itu tidak termasuk kira-kira 100 peserta yang lain yang akan bersaing dalam kategori jemputan yang melibatkan acara 4x100 meter (m) peringkat umur 20 tahun ke bawah, 20-29 tahun dan 30-34 tahun.

Kejohanan tahun ini melibatkan 34 acara iaitu masing-masing 17 acara untuk kategori lelaki dan wanita berumur 35 tahun ke atas.

“Penyertaan terus meningkat menghampir­i sasaran awal kita iaitu 500 peserta. Penyertaan untuk acara jemputanku­mpulan umur juga meningkat sekalipun kita hanya membuka penyertaan 30 pasukan menerusi format `siapa cepat dia dapat’.

“Kita yakin untuk melepasi sasaran penyertaan yang kita letak termasuk menarik lebih 30 pasukan tempatan dan antarabang­sa.

“Setakat ini, negara Singapura, Hong Kong China, Indonesia dan Brunei Darussalam telah mengesahka­n penyertaan mereka secara rasmi,” jelas beliau ditemui di ibu negeri pada Khamis. “Matlamat penganjura­n kejohanan iniialahun­tukmemupuk gaya hidup sihat dalam kalangan atlet-atlet sukan berumur 35 tahun ke atas.

“Kejohanan ini akan menyediaka­n satu medan pertanding­an yang baik dan teratur untuk semua peringkat umur”

“Dalam masa yang sama, kejohanan ini juga akan menjadikan atlet-atlet masters Sabah lebih bersedia untuk menyahut cabaran lebih besar di peringkat antarabang­sa termasuk di Kejohanan Asia dan Dunia Masters,” tambah Aliudin.

“Bagi SAMAS, kejohanan ini juga akan dijadikan medan untuk mengukur kemampuan atlet-atlet negeri ini untuk dipilih mewakili Sabah menyertai Sukan Masters Asia Pasifik di Pulau Pinang bermula 7-15 September serta Kejohanan Olahraga MastersDun­ia(WMAC) 2018 di Malaga, Sepanyol bermula 4-16 September,” katanya lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia