Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tumbang di Likas

Tewas tipis 1-0 di tangan Kedah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah 21 tahun Sabah kalah 1-0 di tangan Kedah pada perlawanan pertama pusingan kedua saingan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Likas pada Khamis.

Gol tunggal kemenangan Kedah dijaringka­n Mohd Khairuddin Mohd Salleh pada minit ke-76 menerusi percubaan sebelum garis petak penalti yang menewaskan penjaga gol Sabah, Mohd Sakri Masri.

Selain daripada jaringan itu, secara keseluruha­nnya pertembung­an antara dua pasukan teratas itu seimbang.

Sabah malahan mencipta lebih banyak peluang terutama pada separuh masa kedua tetapi gagal menterjema­hkan peluang yang ada kepada jaringan.

Pengurus pasukan Sabah, Mohd Yassin Aman (gambar

atas) berkata, berkata kekalahan itu hakikat yang perlu diterima.

“Ada ketika permainan Kedah lebih teratur dan satu peluang yang berjaya diterjemah­kan kepada jaringan cukup untuk mereka keluar sebagai pemenang perlawanan ini.

“Apapun kami terima kekalahan ini. Sebenarnya saya pun tiada apa yang boleh tuntut dari pemain kerana mereka juga telah memberikan yang terbaik. Ia kekalahan yang boleh diterima terutama dengan cara pemain kita berjuang sehingga ke wisel penamat,” kata Yassin.

Beliau berkata kekalahan itu akan dijadikan motivasi untuk mereka bangkit semula mengharung­i saingan yang masih panjang.

“Yang tidak bagusnya, kemenangan enam perlawanan berturut-turut pada pusingan pertama berakhir dan kita tewas buat pertama kali di gelanggang sendiri.

“Apapun kami masih di tangga teratas dan saingan masih panjang. Saya percaya pasukan kita ini akan bangkit semula,” katanya.

Kekalahan itu tidak mengubah kedudukan Sabah selaku pendahulu dengan 27 mata tetapi kini hanya dijarakkan tiga mata dengan Kedah di tangga kedua.

Kedah juga menebus

kekalahan dengan jaringan sama di tangan Sabah di tempatnya sendiri pada pusingan pertama.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang Pahang juga di Stadium Likas pada Isnin depan.

 ?? - Gambar ihsan Freddie Anthony Jacob ?? PENYERANG utama Sabah (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan pertahan Kedah pada perlawanan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Likas pada Khamis. Kedah menang perlawanan itu 1-0.
- Gambar ihsan Freddie Anthony Jacob PENYERANG utama Sabah (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan pertahan Kedah pada perlawanan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Likas pada Khamis. Kedah menang perlawanan itu 1-0.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia