Utusan Borneo (Sabah)

MPOB peroleh pingat di i-INOVA

- mohd.hazry@mpob.gov.my Oleh Syed Mohd Hazry Syed Hamid

NILAI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya memperoleh masingmasi­ng satu pingat emas, perak dan gangsa pada majlis anugerah dan pameran inovasi 8th Exposition on Islamic Innovation (iINOVA) 2018 yang belangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini barubaru ini.

MPOB berjaya merangkul pingat emas melalui inovasi ‘Replacemen­t of Imported Feed Ingredient in Chicken Feed Using Highly Digestible Palm Kernel Cake (Purafex) projek diketuai oleh Rohaya Mohamed Halim.

Inovasi ini adalah penghasila­n makanan ayam berasaskan sawit dengan menggunaka­n sehingga 45 peratus kandungan dedak isirung sawit (Purafex) dalam rumusannya.

Kajian mendapati ayam yang menggunaka­n rumusan yang dibangunka­n MPOB mempunyai kandungan lemak yang rendah dan mampu mencapai tumbesaran yang hampir sama berbanding penggunaan makanan ternakan komersial.

Sementara itu, pingat perak diraih oleh inovasi Oil Palm Genome Revolution: Translatin­g Innovation­s to Practical Applicatio­ns, projek diketuai oleh Chan Kuang Lim; manakala pingat gangsa diraih inovasi Multipurpo­se Palm-Based Creamer, projek diketuai oleh Dr Noor Lida Habi Mat Dian.

Inovasi Oil Palm Genome Revolution ialah sistem bioinforma­tik bersepadu yang memudahkan penggunaan data genom sawit untuk anotasi dan visualisas­i genom. Penggunaan data genom dan sistem bioinforma­tik di MPOB menghasilk­an penemuan gen-gen yang membawa sifat agronomik penting dalam sawit.

Inovasi Multipurpo­se Palm-Based Creamer pula adalah krimer pelbagai guna berasaskan sawit yang sihat dan efektif kos dan merupakan alternatif kepada krimmer berasaskan produk tenusu. Produk ini diformulas­ikan dengan menggunaka­n lemak dan asid lemak sihat, sangat stabil dan sesuai dalam pelbagai suhu.

i-INOVA disempurna­kan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohd Diah.

i-INOVA adalah platform memperkena­lkan produk inovasi dan berinovati­f dari institusi pengajian tinggi serta institut penyelidik­an dalam dan luar negara.

Pertanding­an reka cipta yang bermula tahun 2010 anjuran USIM adalah bagi mendokong aspirasi kerajaan agar budaya inovasi dijadikan amalan oleh masyarakat negara ini.

 ??  ?? PEGAWAI penyelidik MPOB yang memenangi pingat di i-INOVA 2018 di Nilai, barubaru ini.
PEGAWAI penyelidik MPOB yang memenangi pingat di i-INOVA 2018 di Nilai, barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia