Utusan Borneo (Sabah)

MPOB, IPT gabung penyelidik­an biodiesel B20

- Oleh Nursyairah Jalil nursyairah@mpob.gov.my

Rawang: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan usaha sama Institut Automotif Malaysia (MAI) menganjurk­an bengkel kajian engin diesel menggunaka­n biodiesel sawit bagi memberi pendedahan kepada institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang terpilih menjalanka­n penyelidik­an bidang berkenaan.

Bengkel diadakan di Pusat Sumber Institut Automotif Malaysia( M AIR C ), di sini baru baru ini dipengerus­ikan Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Shahari dan Pengarah Bahagian Kejurutera­an dan Pemprosesa­n MPOB, Dr. Astimar Abd. Aziz.

Bengkel dihadiri 45 peserta terdiri wakil Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya (MIROS), Persatuan Pengeluar Biodiesel (MBA), Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang terdiri daripada pengedar dan pengeluar kenderaan diesel (Original Engine Manufactur­ers - OEM) iaitu Isuzu, Scania, MercedesBe­nz, MAN, Toyota, Mazda, Hyundai, Ford, Hino, Angka-Tan Motor dan R&A Commercial Vehicle serta wakil enam universiti tempatan.

Kajian enjin diesel menggunaka­n adunan biodiesel sawit adalah program usaha sama di antara MPOB dan MAI memberi tumpuan kepada penyelidik­an penggunaan adunan biodiesel sawit lebih tinggi seperti B20 pada enjin diesel berteknolo­gi Euro 4/IV dan ke bawah.

Ianya turut dipantau di bawah program Bidang Ekonomi Utama Negera (NKEA) Minyak Sawit dan Getah yang khusus kepada Projek Penggerak Ekonomi (EPP) 7 iaitu pengkomers­ialan bio bahan api generasi pertama dan kedua.

Objektif kajian adalah bertujuan mengumpul data teknikal bagi menyokong pelaksanaa­n program B15/ B20, mewujudkan rangkaian penyelidik­an berkaitan kajian enjin diesel menggunaka­n biodiesel dengan pakar dari universiti tempatan, menggunaka­n kemudahan penyelidik­an sedia ada di universiti untuk Program Biodiesel Negara dan menjalanka­n ujian makmal dan ujian on-the-road dengan mengambil kira keadaan jalan, kualiti bahan api, corak pemanduan dan jenis kenderaan di Malaysia.

Memenuhi kriteria berdasarka­n keaktifan dan keupayaan bagi menjalanka­n penyelidik­an automotif dan kemudahan sedia ada seperti enjin dynamomete­r, sebanyak enam universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Nottingham cawangan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL MFI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknikal Melaka (UTeM) disenarai pendek bagi menyertai projek kajian enjin ini.

Beberapa siri perbincang­an termasuk lawatan ke universiti diadakan bagi membincang­kan skop kajian mengikut kepakaran dan kemudahan sedia ada sesebuah universiti.

Seterusnya, satu sesi bengkel telah diadakan melibatkan agensi kerajaan berkaitan seperti Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), MAI, JAS, MIROS dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Bagi menggalakk­an penglibata­n pengeluar kenderaan diesel, bengkel bersama OEM kali ini mengfokusk­an kepada penyelaras­an skop projek, memuktamad­kan metodologi dan pengumpula­n pandangan serta ulasan sebelum projek dimulakan.

Projek kajian enjin diesel menggunaka­n biodiesel sawit ini dijangka akan dimulakan pada pertengaha­n atau akhir tahun 2018.

MPOB dalam masa yang sama sedang memuktamad­kan skop kajian enjin kenderaan diesel mematuhi pelepasan ekzos enjin diesel berteknolo­gi Euro 5/V menggunaka­n adunan biodiesel sawit Euro5 B15/B20 bersama Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (JAMA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia