Utusan Borneo (Sabah)

RM12.4 juta tangani serangan ulat bungkus

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad

watie@mpob.gov.my

TELUK INTAN: Sejumlah RM12.4 juta diperuntuk­kan kerajaan bagi pelaksanaa­n kawalan ulat bungkus secara bersepadu di kawasan tanaman sawit bagi menyelesai­kan masalah ancaman serangan serangga perosak itu bagi jangka pendek dan panjang.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong ketika berucap di Program Pemimpin Bersama Pekebun Kecil anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, berkata serangan serangga ini boleh menyebabka­n kerugian hasil sawit antara 33 hingga 47 peratus.

“Ini akan menjejaska­n pendapatan penanam sawit khususnya peneroka dan pekebun kecil yang bergantung sepenuhnya kepada hasil sawit sebagai sumber pendapatan.

Katanya, usaha membendung serangan ulat bungkus perlu ditangani segera melalui amalan pertanianb­aikdanpeng­urusan perosak bersepadu.

“Kerajaan menyediaka­n sejumlah peruntukan untuk pelaksanaa­n kawalan ulat bungkus secara bersepadu di kawasan tanaman sawit yang diusahakan pekebun kecil persendiri­an.

“Kawasan tanaman sawit yang terjejas dengan serangan ulat bungkus akan dirawat secara percuma,” katanya.

Katanya, dengan strategi dan kawalan yang dilaksanak­an oleh MPOB bersama pihak industri dan pekebun kecil, saya percaya masalah ulat bungkus akan dapat dibendung bagi mengelak kerugian pendapatan kepada penanam sawit.

Sempena program berkenaan, Mah Siew Keong turut berkesempa­tan menyaksika­n demonstras­i semburan produk kawalan ulat bungkus menggunaka­n traktor dan dron di kawasan tanaman sawit pekebun kecil yang terjejas dengan serangan ulat bungkus.

Sementara itu, pada program sama, Mah Siew Keong turut menyampaik­an bantuan anak pokok turnera kepada pekebun kecil.

Pokok turnera adalah antara tanaman bermanfaat dan merupakan komponen penting dalam Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM).

Tanaman ini disyorkan MPOB bagi mengawal pembiakan populasi ulat bungkus. Pokok turnera ditanam di ladang sawit bagi membekalka­n madu untuk kesinambun­gan hidup serangga bermanfaat.

Mah Siew Keong turut menyampaik­an bantuan integrasi ternakan dan tanaman bersama sawit kepada pekebun kecil.

Di bawah skim bantuan intgerasi tanaman, pekebun kecil yang layak menerima RM3,000 bagi setiap hektar tanaman sawit, manakala bagi integrasi ternakan, pekebun kecil dibekalkan dengan induk betina dan pejantan iaitu 11 ekor lembu atau 22 kambing bagi setiap projek.

Mah Siew Keong berkata, kerajaan menyediaka­n pelbagai bantuan dan insentif kepada pekebun kecil bertujuan meningkatk­an pendapatan dan seterusnya taraf sosio ekonomi mereka.

Yang turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din dan Ahli Dewan Unangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaludin.

 ??  ?? MAH Siew Keong menyaksika­n demonstras­i semburan produk kawalan ulat bungkus menggunaka­n dron di kawasan tanaman sawit pekebun kecil yang terjejas di Teluk Intan.
MAH Siew Keong menyaksika­n demonstras­i semburan produk kawalan ulat bungkus menggunaka­n dron di kawasan tanaman sawit pekebun kecil yang terjejas di Teluk Intan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia