Utusan Borneo (Sabah)

Ghana rujuk kepakaran MPOB

- Oleh FadzilGhaz­ali afadzilg@mpob.gov.my

BANGI: Ghana berminat menubuhkan satu organisasi minyak sawit seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebagai usaha membangunk­an industri sawit negara Afrika Barat itu.

Pesuruhjay­a Tinggi Ghana ke Malaysia, Akua Sekyiwa Ahenkora, menyampaik­an hasrat tersebut semasa kunjungan hormat beliau kepada Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah di ibu pejabat MPOB di sini, baru-baru ini.

Turut hadir semasa perjumpaan itu adalah Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Akua berkata beliau telah diamanahka­n oleh Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo, semasa melantik beliau sebagai Pesuruhjay­a Tinggi Ghana ke Malaysia untuk meningkatk­an usaha membangunk­an industri sawit Ghana.

“Kami perlu mewujudkan satu lembaga untuk industri sawit. Ini amat penting. Kami ada satu lembaga untuk industri koko. Satu badan seumpama ini perlu diwujudkan untuk industri sawit juga,” katanya.

Akua berkata, Ghana sanggup menandatan­gani memorandum persefaham­an seberapa segera sebagai langkah mempercepa­tkan usaha menubuh satu lembaga sawit ala-MPOB di negara itu.

Beliau juga meluahkan minat Ghana untuk mencontohi agensi pembanguna­n wilayah seperti FELDA, RISDA dan FELCRA untuk memperkasa­kan ekonomi Ghana dan meningkatk­an pendapatan para penduduk di luar bandar.

Ghana memulakan dagangan sawit secara komersial pada tahun 1820. Bermula dengan penuaian sawit liar di negara itu, sawit seterusnya menjadi tanaman pertanian komersial dan penubuhan ladang sawit bertapak pada tahun 1850.

Ghana kini memiliki sejumlah 306,0005 hektar tanaman sawit dan lebih 80 peratus diusahakan oleh pekebun kecil persendiri­an.

Namun negara Afrika Barat itu masih mengalami defisit bulanan sebanyak 35,000 tan minyak sawit bagi memenuhi keperluan dalamannya.

Tahun lalu, Ghana mengimport sejumlah 270,328 tan minyak sawit daripada Malaysia. Ini merupakan peningkata­n 33 peratus berbanding dengan import sebanyak 202,566 tan minyak sawit pada tahun 2016.

 ??  ?? AHMAD Hamzah dan Dr. Kushairi ketika menyambut ketibaan Akua Sekyiwa Ahenkora di Ibu Pejabat MPOB, Bangi.
AHMAD Hamzah dan Dr. Kushairi ketika menyambut ketibaan Akua Sekyiwa Ahenkora di Ibu Pejabat MPOB, Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia