Utusan Borneo (Sabah)

Kg Mesilou terkenal sebagai destinasi pelanconga­n

Terdapat lebih 40 buah inap desa, kemudahan PI1M untuk pengunjung

-

JIKA ingin merasai cuaca beriklim sejuk di Sabah, pastinya semua akan terfikirka­n pekan Kundasang, tetapi jika sanggup menghadapi 10km perjalanan lagi, pasti anda akan sampai di Kampung Mesilou.

Namun begitu untuk ke sana, anda perlulah mempunyai skill pemanduan yang baik, menaiki bukit curam untuk ke tanah tinggi Mesilou, mungkin anda hanya perlukan gear satu dan dua sebelum tiba di atas.

Segala keperitan itu akan hilang apabila pemandanga­n yang indah dan tenang terhidang di hadapan mata, tempat yang sentiasa sejuk berkabus serta mempunyai udara yang nyaman ini terletak berhampira­n puncak tertinggi di

Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.

Menurut penduduk Kampung Mesilou, Nor Annisa Essin, 24, selepas berlakunya gempa pada 2015, mereka menyangka akan berlaku penguranga­n jumlah pengunjung ke situ.

“Mesilou ini sememangny­a tumpuan pelancong kerana di sini juga letaknya

atau pintu gerbang jalan kedua untuk mendaki Gunung Kinabalu iaitu di Mesilou Nature Resort yang terletak berhampira­n.

“Pada mulanya, kami menyangkak­an selepas berlakunya gempa bumi, bilangan pengunjung akan berkuranga­n kerana mereka pasti risaukan keselamata­n di sini.

“Tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan apabila semakin ramai pengunjung yang datang, kerana itu juga sebabnya makin banyak inap desa dibina bagi menampung permintaan yang tinggi,” katanya.

Tambahnya, hingga kini lebih 40 inap desa termasuk Sulap Inap Desa tempatnya bekerja dibina di dalam Kampung Mesilou yang rata-rata disewa oleh penduduk tempatan, pelancong dari Semenanjun­g malahan dari luar negara seperti Taiwan dan Arab.

“Kampung Mesilou ini selain terkenal dengan destinasi pelanconga­n, ia juga terpilih sebagai tempat membuat program dan kajian oleh pelajar universiti awam.

“Penduduk di sini juga bergiat aktif melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti marathon, Hari Warga Emas, sukan dan pelbagai aktiviti lagi yang setiap kalinya pasti mendapat sokongan ramai.

“Sebagai penambahba­ikan aktiviti, maka kami mengharapk­an pembinaan dewan bagi menampung penyertaan yang ramai dalam keadaan tempat yang lebih selesa berbanding balairaya sekarang.

“Dari segi keselamata­n pula, kami mengharapk­an jika dapat disediakan lampu solar di kawasan ini memandangk­an pelancong yang datang berasa risau bersiar-siar pada waktu malam kerana keadaan yang gelap dan berkabus.

“Walaupun kami dijaga 24 jam oleh pasukan Rela dan polis, tetapi suasana gelap begini mampu mengundang pelbagai masalah, jadi dengan adanya lampu solar, semua akan merasa selamat untuk ke masjid beribadat mahupun beriadah,” jelasnya.

Kata Nor Annisa, selepas kejadian gempa juga, dalam tempoh tiga bulan sekali pemeriksa kesihatan sangat aktif datang memantau kesihatan penduduk bagi mengendali­kan sesetengah mereka yang masih trauma.

Selain pertumbuha­n pesat inap desa di Mesilou, wujud juga Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang diselia oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Pengurusny­a Maslinda Saminin, pusat internet itu telah beroperasi selama enam tahun dan dikunjungi oleh ramai sama ada untuk belajar menggunaka­n komputer ataupun sekadar menggunaka­n wifi.

“Dengan populasi kirakira 500 orang, talian wifi dan internet yang disediakan mencukupi untuk kegunaan penduduk.

“Komputer yang disediakan pula ada 20 unit yang mana telah diasingkan 10 unit untuk latihan keusahawan­an, manakala 10 lagi untuk pengunjung.

“Untuk latihan, biasanya kami menjemput pengusaha inap desa untuk mengajar mereka teknologi terkini dengan mempromosi­kan perniagaan mereka melalui jelasnya.

Menurut Maslinda, sebelum wujudnya PI1M, pengguna terpaksa ke Pekan Kundasang sejauh 10km dari Mesilou untuk melayari internet mencari maklumat ataupun kanakkanak bermain permainan internet.

“Tapi sekarang, lebih mudah mereka melayari internet untuk mencari pekerjaan seperti di laman web Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam, ataupun mengisi borang untuk mengemaski­ni maklumat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara talian.

“Kanak-kanak pula lebih celik dengan teknologi maklumat serta sudah tahu menggunaka­n internet dan komputer,” ujarnya.

Maslinda turut berkongsi pengalaman selepas berlaku gempa apabila talian internet terjejas selama seminggu hingga PI1M terpaksa

ditutup.

Lebih memeritkan apabila kampung mereka dilanda banjir lumpur dan jambatan utama yang menghubung­kan sebuah pusat dakwah Islam tidak dapat dilalui oleh kenderaan selepas rosak teruk akibat banjir berkenaan.

“Sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau juga menghadapi kesukaran untuk menjalanka­n operasi menyelamat dan memindahka­n sebahagian penduduk berikutan keadaan arus deras air sungai yang bercampur dengan lumpur.

“Tetapi setelah masalah banjir lumpur dan talian berjaya diatasi, ramai penduduk datang ke sini bagi mencari maklumat terkini berkaitan gempa, bantuan yang boleh diterima dan pelbagai maklumat berkaitan kejadian itu.

“PI1M seterusnya menjadi pusat rujukan kepada penduduk setempat dan kewujudann­ya memastikan penduduk tidak terputus hubungan dengan dunia luar dan sentiasa peroleh berita terkini,”

katanya.

 ??  ?? SUASANA inap desa yang nyaman dan selesa.
SUASANA inap desa yang nyaman dan selesa.
 ??  ?? SULAP Inap Desa dari luar.
SULAP Inap Desa dari luar.
 ??  ?? BILIK yang disediakan selesa untuk pengunjung tempatan dan luar.
BILIK yang disediakan selesa untuk pengunjung tempatan dan luar.
 ??  ?? MASLINDA bersama pembantuny­a yang banyak membantu pengusaha inap desa mengurus perniagaan.
MASLINDA bersama pembantuny­a yang banyak membantu pengusaha inap desa mengurus perniagaan.
 ??  ?? KEADAAN di dalam PI1M yang penuh dengan pengunjung.
KEADAAN di dalam PI1M yang penuh dengan pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia