Utusan Borneo (Sabah)

Pihak sekolah perlu adakan bengkel penulisan: Arifin

Pihak sekolah perlu adakan bengkel penulisan: Arifin

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif menggesa pihak sekolah mengadakan program atau bengkel penulisan bagi melahirkan lebih ramai cendikiawa­n di masa hadapan.

Beliau berkata, bagi merealisas­ikan hasrat itu, ia perlulah bermula di peringkat sekolah agar dapat

“Kita memerlukan generasi yang berpendidi­kan di masa hadapan bagi mendepani cabaran dunia yang tidak menentu. Justeru, mereka perlu melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n bagi membolehka­n kita membangunk­an negara dengan ” acuan kita sendiri. DATUK ARIFIN ARIF Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

mencungkil bakat mereka seterusnya mengasahny­a supaya mereka dapat pergi ke tahap yang lebih jauh.

Jelasnya, tidak ramai yang menyedari potensi anakanak muda di peringkat sekolah rendah mahupun menengah justeru perlu ada usaha dari pihak sekolah untuk mengasah bakat terpendam yang dimiliki mereka.

“Saya meminta agar pihak sekolah mewujudkan satu program atau bengkel penulisan di sekolah-sekolah supaya dapat mengenalpa­sti mana-mana pelajar yang memiliki bakat dalam penulisan.

“Selain fokus pihak sekolah untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam akedemik dan kokurikulu­m, kita juga mahu sekurangku­rangnya mereka memiliki kelebihan dalam penulisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kecemerlan­gan Pelajar (MaKeP) di Dewan Seri Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut II pada Khamis.

Dalam pada itu, Arifin yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut meminta seluruh pelajar khususnya SMK Membakut II agar terus berusaha meningkatk­an prestasi dalam pelajaran.

Tegas beliau, pendidikan adalah kunci kepada segalanya dalam kehidupan masa kini memandangk­an zaman masa kini amat mencabar dan penuh dengan persaingan.

Katanya, pendidikan bukan sahaja menjamin masa depan pelajar yang cerah tetapi pada masa sama secara tidak langsung menyumbang kepada pembanguna­n masayaraka­t, negeri serta negara.

“Kita memerlukan generasi yang berpendidi­kan di masa hadapan bagi mendepani cabaran dunia yang tidak menentu. Justeru, mereka perlu melengkapk­an diridengan­ilmupenget­ahuan bagi membolehka­n kita membangunk­an negara dengan acuan kita sendiri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an anugerah pelajar cemerlanga­n kepada salah seorang pelajar sempena majlis itu.
ARIFIN menyampaik­an anugerah pelajar cemerlanga­n kepada salah seorang pelajar sempena majlis itu.
 ??  ?? ARIFIN ketika menyampaik­an amanatnya sempena majlis itu.
ARIFIN ketika menyampaik­an amanatnya sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima anugerah cemerlang merakamkan gambar kenangan bersama Arifin sempena majlis itu.
SEBAHAGIAN penerima anugerah cemerlang merakamkan gambar kenangan bersama Arifin sempena majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia