Utusan Borneo (Sabah)

Rukun Tetangga perlu sentiasa siap sedia

Fokus kepada permasalah­an dan konflik di peringkat komuniti

- JEJAK PERPADUAN

RUKUN Tetangga juga perlu sentiasa bersiap sedia dan bertindak segera dalam sesuatu perkara yang berlaku di peringkat akar umbi dan mudah memberikan kerjasama dalam membantu komuniti, kata Pengarah Perpaduan Sabah Delin Liet Blaun.

Rukun Tetangga juga perlu sentiasa peka terhadap perkembang­an sosial isu komuniti dan perlu bertindak dalam cara yang dipercayai oleh komuniti dalam pengurusan isu konflik.

“Setiap Rukun Tetangga perlu berbincang bersama ahli jawatankua­sa dan lebih memberi fokus kepada permasalah­an dan konflik di peringkat komuniti,” katanya ketika merasmikan Program Santai Perpaduan Bersama 35 KRT DUN Bingkor Keningau.

Rukun Tetangga adalah pihak yang pertama menerajui barisan hadapan dalam khidmat komuniti untuk menyampaik­an dasar-dasar yang diperkenal­kan oleh kerajaan.

Ini selaras dengan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 21 Mei 2015 .

Menurutnya, melalui teras “Meningkatk­an Kesejahter­aan Rakyat”, Rukun Tetangga perlu mempunyai inisiatif tersendiri atau daya usaha untuk bertindak dalam memulakan sesuatu perkara kerana badan ini merupakan sumber rujukan utama kepada komuniti setempat.

Tugas Pegawai Perpaduan di setiap daerah adalah untuk mengangkat setiap permasalah­an dalam KRT ini dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Tindakan Daerah masing-masing untuk diselesaik­an dengan segera oleh agensi-agensi terbabit, katanya.

Dalam ucapannya juga turut menggesa agar KRT perlu sentiasa aktif dalam melaksanak­an program bagi memastikan objektif dan sasaran KRT tercapai.

Sebanyak 35 KRT dan lebih 400 ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga di DUN Bingkor, Keningau hadir bersama bagi memeriahka­n Program Santai Bersama Pengarah Perpaduan Sabah di Dewan Terbuka Kampung Merampong, Keningau baru-baru ini.

Pelbagai acara telah disajikan oleh pihak penganjur seperti persembaha­n Tunas Jiran, tarian Fitness KRT Merampong, nyanyian karaoke dan cabutan tiket bertuah.

JPNIN Sabah merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n syabas dan tahniah kepada semua KRT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

 ??  ?? DELIN merakamkan gambar kenangan bersama penganjur.
DELIN merakamkan gambar kenangan bersama penganjur.
 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa Rukun Tetangga yang hadir pada majlis itu.
AHLI Jawatankua­sa Rukun Tetangga yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? CABUTAN tiket bertuah.
CABUTAN tiket bertuah.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nyanyian Pengerusi KRT.
PERSEMBAHA­N nyanyian Pengerusi KRT.
 ??  ?? UCAPAN dan amanat RT1ST Pengarah Perpaduan Sabah Delin Kiet Blaun.
UCAPAN dan amanat RT1ST Pengarah Perpaduan Sabah Delin Kiet Blaun.
 ??  ?? UCAPAN oleh pengerusi penganjur program.
UCAPAN oleh pengerusi penganjur program.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Tunas Jiran KRT Merampong.
PERSEMBAHA­N Tunas Jiran KRT Merampong.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N khas daripada KRT Merampong.
PERSEMBAHA­N khas daripada KRT Merampong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia