Utusan Borneo (Sabah)

Majlis penyerahan sumbangan kanopi untuk Jiran Wanita KRT Matunggong

-

SEBANYAK 29 buah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah Matunggong menerima sumbangan kanopi dalam satu majlis penyerahan yang disampaika­n Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Richard Kastum.

Sumbangan itu dikhaskan untuk Jiran Wanita setiap KRT di Daerah Matunggong.

Dalam ucapannya, Richard mengucapka­n terima kasih di atas komitmen dan kerjasama Jiran Wanita dalam melaksanak­an aktviti pelbagai aktiviti di peringkat KRT masingmasi­ng serta banyak membantu dan menyokong program-program yang dilaksanak­an oleh Perpaduan Matunggong.

Beliau juga mengharapk­an agar kanopi ini dapat digunakan dengan sebaiknya untuk kegunaan aktiviti seperti hari keluarga, sukaneka dan pelbagai lagi bagi mengukuhka­n lagi perpaduan dalam kalangan ahli dan AJKRT di daerah ini.

Beliau juga mengucapka­n tahniah di atas keaktifan Jiran Wanita dan KRT Matunggong hingga menjadi antara daerah yang teraktif di negeri Sabah.

Beliau mengharapk­an agar aktiviti akan terus berkekalan sekaligus memberi nama baik kepada Daerah Matunggong.

Pada akhir majlis setiap Jiran Wanita yang diwakili Pengerusi Jiran Wanita menerima satu unit sumbangan kanopi.

Turut hadir sama di majlis ini ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Matunggong Mohd Nasir Adli, Penggerak Perpaduan Masyarakat Zainon Haji Khayum Khan serta beberapa Pengerusi KRT Daerah Matunggong dan wakil dari Pejabat Daerah Kecil Matunggong yang turut sama menyaksika­n majlis ini.

 ??  ?? ANTARA Jiran Wanita yang menerima sumbangan kanopi disampaika­n Richard.
ANTARA Jiran Wanita yang menerima sumbangan kanopi disampaika­n Richard.
 ??  ?? RICHARD menyampaik­an sumbangan kanopi kepada Pengerusi KRT yang mewakili Jiran Wanita KRT.
RICHARD menyampaik­an sumbangan kanopi kepada Pengerusi KRT yang mewakili Jiran Wanita KRT.
 ??  ?? RICHARD menyampaik­an ucapan pada majlis tersebut.
RICHARD menyampaik­an ucapan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia