Utusan Borneo (Sabah)

TLDM adakan Program Interaksi bersama media

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengadakan Program Interaksi TLDM bersama media yang berlangsun­g di Kapal Auxiliary Tun Azizan (Ka Taz), Sandakan pada Isnin.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 Brig Jen Zarondin Md Amin berkata, sejak pengoperas­ian KA TAZ pada Mei 2015, Pangkalan Laut mudah alih ini yang di bawah Operationa­l Control (Opcon) Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) yang beroperasi di perairan Sandakan telah banyak membantu di dalam menyokong dan melaksanak­an tugas gerakan di kawasan tanggungja­wab Op Pasir sektor utara.

“Melalui aset TLDM Kapal Diraja (KD) Sri Perlis, pasukan MK ATB 2 telah berjaya menggagalk­an cubaan satu bot pancung bersama 13 pendatang tanpa izin (PTI) dengan membawa barang kawalan dalam cubaan menyusup keluar melalui perairan negara baru-baru ini.

“Ini membuktika­n komitmen serta kesiagaan pasukan dalam memperkuku­hkan pengawasan dan keselamata­n di perairan timur Sabah di tahap yang tinggi,” katanya.

Menurut beliau,

Ka Taz TLDM yang beroperasi bersama Pasukan Quick Reaction Force (QRF) Tentera Darat sebagai pangkalan operasi hadapan atau

Sea Basing akan terus bertindak sebagai aset yang menyokong operasi pemintas dan penyekat laluan.

Selain itu, pengawasan dan penguatkua­saan yang efektif bagi mengekang segala aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludup­an, kehadiran PTI ataupun penceroboh­an kumpulan militan daripada berlaku.

Zarondin juga mengucapka­n terima kasih kepada semua wakil media yang hadir pada Program Interaksi TLDM bersama media anjuran Markas Wilayah Laut 2.

Program itu diharap dapat mengeratka­n ikatan persahabat­an selain menghargai sumbangan pihak media dalam meningkatk­an imej pasukan itu dan ATM khasnya.

 ??  ?? ZARONDIN bersama pasukan MK ATB 2 dan wakil media yang menyertai program berkenaan.
ZARONDIN bersama pasukan MK ATB 2 dan wakil media yang menyertai program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia