Utusan Borneo (Sabah)

Pembantu tadbir sekolah disyaki pecah amanah ditahan

Suspek dipercayai membuat pembayaran kira-kira RM218,000 ke beberapa akaun tidak berkaitan antara 2015 dan 2017

-

KUCHING: Seorang pembantu tadbir sebuah sekolah rendah di Simunjan di ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak kerana disyaki melakukan kesalahan pecah amanah melibatkan wang berjumlah kira-kira RM218,000.

Suspek berusia 29 tahun itu dipercayai telah melakukan kesalahan itu melibatkan akaun Kumpulan Wang Asrama (KWA) sekolah tersebut dengan membuat pembayaran ke beberapa akaun yang tidak berkaitan dengan sekolah antara 2015 dan 2017.

Menurut sumber, suspek telah membuat pembayaran lebih RM130,000 kepada sebuah syarikat katering milik keluargany­a.

Tambahnya, suspek juga telah membuat pembayaran ke atas dua syarikat dengan bayaran hampir RM86,000 atas pelbagai urusan yang tidak melibatkan sebarang aktiviti sekolah terbabit.

“Siasatan juga mendapati tidak ada perkhidmat­an atau pembekalan yang telah dilakukan oleh syarikatsy­arikat tersebut kepada pihak sekolah dalam tempoh itu,” ujar sumber itu lagi.

Difahamkan, suspek yang mempunyai kawalan ke akuan sekolah itu telah menggunaka­n wang tersebut untuk kegunaan peribadi.

Pengarah SPRM Negeri Sarawak Razim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan tersebut dan memberitah­u pihaknya kini dalam proses mendapatka­n dokumendok­umen berhubung pembayaran yang dibuat itu.

Kata Razim, suspek ditangkap SPRM Sarawak pada jam 9.50 pagi Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Bagaimanap­un katanya, suspek dibebaskan selepas dirakam percakapan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 tanpa deposit dengan dua penjamin kirakira 1.30 petang Rabu.

“Siasatan juga mendapati tidak ada perkhidmat­an atau pembekalan yang telah dilakukan oleh syarikat-syarikat tersebut kepada pihak sekolah dalam ” tempoh itu SUMBER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia