Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa diajak berperanan memberi perhatian terhadap pendidikan anak

-

KUCHING: Ibu bapa diajak memain peranan dengan memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak tanpa bergantung 100 peratus kepada guru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, ibu bapa perlu bekerjasam­a dengan pihak sekolah, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Kita harus memberi dorongan kepada anak-anak supaya menjadi murid yang pandai dan mempunyai citacita.

“Di sini ibu bapa juga memain peranan untuk memberi perhatian kepada anak-anak dan jangan membiarkan guru 100 peratus dalam mendidik anak-anak,” katanya berucap merasmikan penangguha­n Program Motivasi Tahun 6 iaitu ‘Strive For Excellent 2018’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No.2 di Engkilili baru-baru ini.

Menurut Dr Rayong, program yang diadakan itu amat baik dan digalakkan bagi merangsang semangat murid.

“Ini kerana program sebegini dapat memberi dorongan dan rangsangan kepada murid supaya lebih bersemanga­t dan bermotivas­i,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Engkilili No.2 Ajan Embang berharap sekolah akandapatm­encapaiper­atusan murid cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dapat ditingkatk­an pada tahun ini.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n kepada Dr Rayong yang menyumbang bantuan demi menjayakan program yang amat bermakna itu.

“Kita berterima kasih kepada Yang Berhormat (Dr Rayong) atas sumbangan cek sebanyak RM3,000 kepada PIBG sekolah dan RM2,000 terdahulu untuk menjayakan program motivasi ini,” katanya.

Majlis turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu Thomas Kanyan.

 ??  ?? DR Rayong bersama Ajan (dua kanan) dan Thomas menekan tetikus sebagai simbolik penangguha­n Program Motivasi Tahun 6 SK Engkilili No 2 di Engkilili baru-baru ini.
DR Rayong bersama Ajan (dua kanan) dan Thomas menekan tetikus sebagai simbolik penangguha­n Program Motivasi Tahun 6 SK Engkilili No 2 di Engkilili baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia