Utusan Borneo (Sabah)

Belia digesa rebut peluang ceburi kerjaya pelaut

-

SIBU: Golongan belia di negeri ini digesa supaya merebut peluang memajukan diri dalam kerjaya sebagai pelaut yang dapat memberi jaminan masa depan cerah.

Pengarah Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Datuk Ismaili Bujang Pit berkata beliau berharap suatu hari nanti industri maritim di negara ini dipelopori rakyat tempatan terutama kalangan anak muda.

“Untuk menceburi bidang maritim, seseorang itu harus mempunyai cita-cita dan minat tinggi dalam bidang itu.

“Oleh itu, ketahanan mental danfizikal­amatdiperl­ukanjika mahu menjadi seorang pelaut berjaya,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sijil Tamat Kursus Marine Engineerin­g Rating MER06/2018 di Kompleks Islam Sibu di sini pada Rabu.

Ismaili turut menyeru mereka supaya bekerja dengan penuh disiplin dalam satu pasukan untuk memperkemb­ang kerjaya industri maritim dengan lebih jauh.

“Jika anda mengimpika­n prospek cerah dalam kerjaya pada masa depan, perlu belajar bagaimana bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai disiplin diri tinggi,” ujarnya.

Ismaili berkata, APMM WilayahSar­awakmenawa­rkan segala kemudahan latihan di KompleksMa­ritimTunAb­ang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas yang dijadikan sebagai tempat latihan industri perikanan laut dalam.

“Kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak menawarkan kursus latihan dalam industri perikanan laut di negeri ini.

“Program ini diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Hari Terbuka sempena Ulang Tahun Ke-13 Maritim Malaysia Peringkat Wilayah Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia