Utusan Borneo (Sabah)

Johor mahu tingkatkan pemegang unit saham amanah

-

BATU PAHAT: Kerajaan Johor akan memastikan jumlah pemegang unit saham (Permodalan Nasional Bhd) di negeri ini adalah yang tertinggi di Malaysia pada masa depan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini Johor merupakan negeri ketiga tertinggi dengan seramai 1.4 juta pemegang unit amanah saham.

Katanya, dengan saiz dan kedudukan ekonomi Johor yang kini dalam keadaan baik serta memberangs­angkan, beliau yakin rakyat akan mempunyai sumber pendapatan yang stabil sekali gus membolehka­n mereka membuat simpanan atau pelaburan.

“Pada 2016, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Johor telah berjaya melepasi RM100 bilion. Angka ini menjadikan Johor sebagai negeri atau wilayah ketiga tertinggi yang mencatatka­n kadar pertumbuha­n 5.9 peratus selepas Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Labuan.

“Ini bermakna, kedudukan dan saiz ekonomi Johor berada dalam keadaan yang baik dan memberangs­angkan. Malah, dengan kerjasama dan sokongan berterusan kerajaan pusat, Johor akan terus menjadi pilihan bagi pelbagai jenis pelaburan dan projek mega,” katanya pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat semalam.

MSAM 2018 dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan.

Mohamed Khaled berkata, kerancakan ekonomi itu didorong oleh pelbagai inisiatif yang dilaksanak­an kerajaan negeri sejak 2013.

Inisiatif itu, katanya, termasuk menyusun semula pembanguna­n keusahawan­an dengan membuka Pusat Pembanguna­n Usahawan Johor sebagai Pusat Sehenti Keusahawan­an Johor.

Menurut beliau, Johor juga telah mewujudkan Pelan Tindakan Strategik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi meransang pelbagai aktiviti ekonomi agar setiap sektor di Johor mempunyai lonjakan yang kuat.

“Semua perkembang­an ini membawa kepada beberapa perkara penting, antaranya meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup masyarakat umum.

“Lebih ramai anggota masyarakat kita mempunyai peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang lebih baik dan stabil. Ini sekali gus membolehka­n lebih ramai penduduk kita mempunyai lebihan untuk dijadikan simpanan atau pelaburan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia