Utusan Borneo (Sabah)

FAMA Melaka perluas program JBD di empat outlet pemasaran

-

JASIN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Melaka akan memperluas­kan program Jimat Belanja Dapur (JBD) di empat rangkaian outlet pemasaran agensi itu di negeri ini pada tahun ini, kata Pengarah FAMA Melaka Che Samudin Hassan.

Beliau berkata program tersebut akan dilaksanak­an di 29 lokasi pasar tani, empat Agrobazaar Kedai Rakyat, 17 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia dan program ‘My Best Buy’ di negeri ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menangani kenaikan harga barangan terpilih dan memberi penjimatan kepada pengguna.

Katanya pengguna akan dapat menjimatka­n perbelanja­an bagi 27 barangan keperluan terpilih seperti ayam, ikan, sayur dan buah-buahan pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran kecuali barangan kawalan melalui program itu.

“Program JBD telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang pada 31 Mac lepas dan ia akan menjadi antara program yang akan dilaksanak­an oleh FAMA secara berterusan untuk menyediaka­n medium penjimatan perbelanja­an kepada pengguna.

“Di Melaka, pelancaran JBD peringkat negeri akan diadakan pada Ahad ini di Pasar Tani Sungai Udang,” katanya kepada pemberita selepas Program Jualan JBD di Pasar Tani Selandar di sini, semalam.

Turut hadir Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Program JBD akan dilaksanak­an di 714 lokasi pasar tani di seluruh negara termasuk di 426 Agrobazaar Kedai Rakyat, 110 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia dan enam My Farm Outlet pada tahun ini.

Abdul Ghafaar berkata penganjura­n program JBD tepat pada masanya dalam usaha kerajaan untuk membantu rakyat mengurangk­an beban kos sara hidup yang semakin meningkat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia