Utusan Borneo (Sabah)

Pelaburan rakyat dalam PNB bakal terjejas dengan polisi ‘Pak Pandir’ pembangkan­g

-

BATU PAHAT: Pelaburan rakyat dalam Permodalan Nasional Bhd (PNB) bakal terjejas sekiranya pembangkan­g mengambil alih tampuk pemerintah­an negara dengan polisi ‘Pak Pandir’ mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata mengikut kajian Kementeria­n Kewangan, penghapusa­n tol, Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dicanangka­n dalam manifesto pembangkan­g dilihat akan meningkatk­an hutang negara kepada RM1 trilion atau pada paras 80 peratus daripada 50.8 peratus ketika ini.

“Ia akan beri kesan buruk kepada Bursa Malaysia.. mata wang akan terkesan.. PNB akan terjejas.. amanah saham rakyat akan terjejas.

“Bursa (kini) semakin kukuh. Ini ada kait rapat pengurusan ekonomi negara yang memandang ke hadapan. Ini bukan main-main (untuk) jadi bahan politik,” katanya ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Stadium Batu Pahat, di sini, semalam.

PNB merupakan syarikat pelaburan terbesar negara dengan dana kira-kira RM200 bilion melalui 13.4 juta pemegang unit pelbagai dana amanah ASNB.

Untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) sahaja, PNB terkini telah membayar dividen sebanyak RM10.7 bilion yang dimanfaatk­an oleh 9.1 juta pemegang unit.

Najib juga berkata ‘rakyat mendapat rahmat’ dengan pembayaran keseluruha­n dividen sebanyak RM14.6 bilion oleh PNB pada 2017.

“Dengan track record (rekod prestasi) dan dasar perjuangan... yang wujudkan PNB... yang dekat di hati kerajaan adalah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita tidak boleh bersifat populis.

(Kita) raih sokongan dalam ruang lingkup tanggungja­wab. We must be responsibl­e (Kita perlu bertanggun­gjawab),” katanya.

Menurut Perdana Menteri, rakyat memahami bahawa jika GST dihapuskan sekalipun tiada jaminan harga barang akan turun.

“Malah rakyat juga memahami sekiranya cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) dilaksanak­an, pembangkan­g akan menokok 10 peratus dan enam peratus lagi..(this is) double jeorpady (Ini membahayak­an).

“Polisi Pak Pandir pembangkan­g akan beri kesan buruk kepada ekonomi negara,” katanya.

Najib juga berkata Manifesto BN yang dibentangk­an pada 7 April lalu telah memberi kesan positif di mana tiga badan penarafan telah membuat ‘semakan semula’ lebih positif.

Bank Dunia telah meningkatk­an unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 5.6 peratus daripada 5.4 peratus sebelum ini.

Sementara itu, JP Morgan dan Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) juga lebih optimis terhadap pertumbuha­n ekonomi Malaysia, katanya.

“Manifesto BN mendapat penilaian tinggi. Mereka (badan penarafan) tidak sebut manifesto pembangkan­g kerana tiada nilai apa-apa,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia