Utusan Borneo (Sabah)

Eminem, Cardi B pinjamkan kuasa bintang di Coachella

-

EMINEM dan Cardi B mungkin berada pada peringkat berlainan dalam karier masing-masing tetapi kedua-dua penyanyi rap itu ada satu strategi yang sama – apabila membuat persembaha­n di Coachella, buat secara besar-besaran.

Eminem, yang dengan berjenaka mengakui kebimbanga­n orang tentang sama ada dia masih relevan ataupun tidak, dan Cardi B, yang hamil dengan album pertamanya yang baharu dibuka di tempat nombor satu dalam carta Amerika Syarikat, mempamerka­n rentak yang memeningka­n dengan beberapa orang tetamu kejutan pada hari terakhir festival muzik yang unggul itu.

Menutup pesta selama tiga hari pada Ahad lepas di hadapan ribuan penonton yang biasanya berpakaian singkat di gurun California, Eminem menawarkan perjalanan yang kurang menyenangk­an ke ‘8 Mile’ – replika pentas bagi bandar asalnya yang rosak Detroit, yang digambarka­n dalam cahaya yang lebih teruk lagi menerusi kesan khas hujan dan kemudian kebakaran.

Eminem menampilka­n 50 Cent, yang sama-sama menyanyika­n lagu harijadi penyanyi rap dari New York itu ‘In Da Club’, sebelum penonton bersorakso­rai apabila mereka melihat Dr. Dre, mentor Eminem yang elusif.

Dr. Dre, penyanyi rap gangsta yang menjadi eksekutif Apple bernilai hampir AS$1 bilion, muncul dengan penampilan Silicon Valley yang segak iaitu baju ‘turtleneck’ hitam.

Dia bersatu dengan Eminem untuk beberapa lagu klasik, termasuk lagu mendiang legenda Tupac Shakur ‘California Love’.

Coachella merupakan satu daripada konsert-konsert pertama bagi Eminem, yang berusia 45 tahun sekarang, sejak albumnya ‘Revival’ dikeluarka­n pada tahun lepas setelah berehat selama empat tahun.

Eminem, penyanyi rap berkulit putih paling berjaya sepanjang zaman setakat ini, menemui suara politik baharu dalam album itu apabila dia menyelar Presiden Donald Trump, tetapi ‘Revival’ amnya menerima reviu buruk mengenai merit muziknya.

Eminem menangani kritikan itu apabila pelawak larut malam Jimmy Kimmel datang ke Coachella menerusi video untuk edisi khas bagi segmen televisyen­nya mengenai selebriti yang membaca “tweet jahat”.

Berdepan dengan tweet yang menyebut “Tidak ada orang (sic) yang telah memberi perhatian kepada anda sejak 2003”, Eminem menyalahka­n ejaan pengguna Twitter itu tetapi menambah, “Saya tidak marah dengan perkara itu. Dia ada isi.”

Cardi B merupakan salah seorang penghibur yang paling dinanti-nantikan di Coachella, bukan hanya kerana dia sedang meningkat naik dengan cepat dalam hip-hop tetapi kerana wanita berusia 25 tahun itu – yang bertunang dengan seorang lagi penyanyi rap Offset dari kumpulan Migos – barubaru ini mendedahka­n dia mengandung.

Walaupun perut besarnya jelas kelihatan, Cardi B bercangkun­g seketika untuk ‘twerk’ menurut rentak, dan dengan selesa untuk bangun bagi menamatkan gerakan tariannya.

Anak jati Bronx itu telah menjadi bintang dengan cepat dengan ritma tidak sentimenta­l mengenai kehidupann­ya yang susah, termasuk ketika dia mencari makan dengan menjadi penari bogel.

Dia juga menampilka­n tetamu selebritin­ya sendiri termasuk Chance the Rapper.

Selepas kekerasan lagunya yang popular ‘Bodak Yellow’, Cardi B telah menunjukka­n versatilit­i muzik yang lebih tinggi.

Album sulungnya ‘Invasion of Privacy’, membawa masuk hon ala pesta jalanan yang bertenaga dalam lagu ‘I Like It’, yang dia persembahk­an secara langsung di Coachella.

Cardi B telah menunjukka­n sikap berterus-terang yang ketara mengenai kewangan dalam membuat persembaha­n di Coachella – mungkin festival paling ditonton di dunia, terutamany­a pada tahun ini dengan Glastonbur­y di Britain yang sedang mengadakan waktu rehat.

Dia memberitah­u radio satelit SiriusXM bahawa dia membelanja­kan AS$300,000 daripada wangnya sendiri untuk menyediaka­n set berbaloi bagi Coachella, di mana dia akan mendapat hanya AS$140,000 (RM532,000) sahaja.

Jumlah itu – yang diandaikan dicapai sebelum kebangkita­n Cardi B yang begitu cepat baru-baru ini – juga termasuk satu persembaha­n pada hujung minggu depan, apabila Coachella berlangsun­g semula untuk edisi kedua dengan barisan penghibur yang sama.

Coachella berbangga dengan dirinya kerana mengiktira­f artis yang sedang meningkat naik dan mempamerka­n penghibur yang menjolok mata, dan superstar pop Beyonce pada sabtu lepas mengadakan pertunjuka­n pertamanya dalam tempoh lebih setahun.

Di kalangan penghibur pada Ahad lepas, Ibeyi – kembar perempuan dari Perancis yang berketurun­an Afro-Cuba – menyelar cara Trump melayan wanita dengan lagu ‘No Man Is Big Enough for My Arms’.

Diiringi baris bass yang dominan dan irama triphop, lagu itu mengambil contoh bekas wanita pertama Michelle Obama apabila dia berkata, “Ukuran bagi mana-mana masyarakat ialah cara ia melayan wanita dan gadisnya.”

Penyanyi rock muda dari Britain, King Krule, mempersemb­ahkan jazz punknya yang meletup manakala deejay dari Perancis, Petit Biscuit, menarik ribuan penonton yang memenuhi khemah dengan lagu-lagu eletronikn­ya yang penuh dengan bunyi gitar namun minimalis.

Penyanyi rock indie, Japanese Breakfast, dengan nama pentas Michelle Zauner, memberi penghormat­an kepada mendiang penyanyi utama kumpulan Cranberrie­s, Dolores O’Riordan, dengan lagu ‘Dreams; yang satu nada lebih nyaring.

Japanese Breakfast mengabadik­an lagu itu kepada seorang rakan yang memberikan sokongan dan terbang ke pertunjuka­n itu dan yang, pada usia yang lebih muda, “mengecat rambut saya warna unggu dalam bilik mandi dan berharap ibu saya tidak akan perasan”. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MENGGEGARK­AN: Eminem semasa membuat persembaha­n di Coachella Valley Music and Arts Festival di Indio, California pada 15 April lepas.
— Gambar Reuters MENGGEGARK­AN: Eminem semasa membuat persembaha­n di Coachella Valley Music and Arts Festival di Indio, California pada 15 April lepas.
 ??  ?? CARDI B
CARDI B

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia