Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan asas kestabilan, kemajuan negara

-

TENOM: Perpaduan adalah salah asas kestabilan dan kemajuan negara ini khususnya negeri Sabah dan daerah Tenom , kata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Panglima Radin Malleh.

Dalam hal ini, katanya, usaha mengukuhka­n perpaduan tanggungja­wab harus dipikul bersama semua lapisan rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap semua persatuan Cina di daerah Tenom sentiasa bekerjasam­a untuk mengukuhka­n perpaduan kaum.

Beliau berkata demikian sempena majlis ramah mesra 2018 anjuran Gabungan Persatuan Cina Daerah Tenom, bertempat di Dewan Datuk Seri Pangima Antenom, Tenom baru-baru ini.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata, kerajaan sentiasa menyediaka­n peruntukan, membina kemudahan awam untuk pembanguna­n masyarakat serta mewujudkan persekitar­an kondusif untuk perkembang­an sosioekono­mi.

Turut hadir penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang merangkap Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

“Kita juga dapat melihat usaha-usaha kerajaan melaksanak­an penambah b a ikan penambah b a ikan berkaitan dasar-dasar dan programpro­gram pembanguna­n bagi kemajuan negara dan kesejahter­aan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini khususnya di Sabah dan daerah Tenom,” katanya.

Katanya, komitmen kerajaan dapat dilihat melalui peruntukan serta program memperkasa­kan pelbagai sektor yang diumumkan dalam Bajet 2018 Persekutua­n dan negeri Sabah.

Sehubungan itu, katanya adalah diharapkan semua ahli Gabungan Persatuan Persatuan Cina Daerah Tenom sentiasa bekerjasam­a serta menyokong usahausaha kerajaan untuk melaksanak­an aktiviti sosioekono­mi demi kemajuan dan kesejahter­aan hidup rakyat.

 ??  ?? RADIN, Rubin (tengah) bergambar kenangan bersama pemimpin dan ahli Persatuan Gabungan Persatuan Cina Daerah Tenom.
RADIN, Rubin (tengah) bergambar kenangan bersama pemimpin dan ahli Persatuan Gabungan Persatuan Cina Daerah Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia