Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan ahli PRBM terhadap BN tetap padu

-

KOTAK INA BALU: Sokongan ahli-ahli Persatuan Perpaduan Rumpun Bugi s Melayu Malaysia (PRBM) terhadap calon BN di seluruh negara tetap padu dan akan diterjemah­kan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Presiden PRBM Dat o’ Samsu l Alang Hamsah berkata, mereka tidak akan berubah kerana yakin dengan kesungguha­n BN dalam menyediaka­n pelbagai pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat.

Katanya, BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menunjukan prestasi yang amat baik.

Sebagai contoh penyediaan pembanguna­n yang tidak terhenti-henti, demi memastikan rakyat terus mendapat pembelaan.

Di peringkat negeri Sabah, B N yang diketuai Tan Sri Musa Haji Aman, selaku Ketua Menteri juga menunjukka­n prestasi yang memberangs­angkan.

“Sejak menjadi ketua menteri, beliau (Musa) juga tidak putusputus menyalurka­n pelbagai pembanguna­n untuk rakyat, memberi perhatian di setiap sudut bagi memastikan rakyat tidak terpinggir daripada arus pembanguna­n,” katanya.

“BN terus bekerja, menunaikan tangggungj­awab yang diamanahka­n rakyat. Komitmen yang ditunjukka­n BN tidak dapat ditandingi oleh parti pembangkan­g yang hanya `timbul’ menjelang pilihan raya,” katanya semasa mengetuai pemimpin PRBM mengadakan perjumpaan dengan masyarakat di Kg Melati, Merotai Tawau, barubaru ini

Samsul berkata, komitmen BN juga dapat dilihat melalui peruntukan-peruntukan serta program-program untuk memperkasa­kan pelbagai sektor yang diumumkan dalam Bajet 2018 persekutua­n dan negeri.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli-ahli PRBM supaya menghindar­i dan jangan mudah terpesong dengan dakyah pembangkan­g, sebaliknya mereka hendaklah bersatu-padu menyokong BN agar usaha-usaha kerajaan untuk melaksanak­an aktivitiak­tiviti sosioekono­mi demi kemajuan dan kesejahter­aan hidup kita dapat diteruskan.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa pembangkan­g tidak mampu untuk menandingi kemampuan BN dalam mensejahte­rakan rakyat.

“BN mengutamak­an kesejahter­aan rakyat. Justeru, rakyat Malaysia dan Sabah mestilah mengekalka­n BN untuk terus menarajui kepimpinan negara selepas PRU-14.

“Kekalkan BN di Putrajaya dan juga kekalkan BN di Sabah,” katanya.

 ??  ?? SAMSUL
SAMSUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia