Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Sepanggar yakin BN terus jadi pilihan

-

KOTA KINABALU: Penduduk Sepanggar dekat sini yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus menjadi pilihan rakyat di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Menurut mereka, ini kerana Sepanggar merupakan satu daripada kawasan yang mempunyai institusi pendidikan tinggi, industri perkilanga­n, penempatan dan keselamata­n, sekali gus membuktika­n kerajaan BN sentiasa mengutamak­an kepentinga­n rakyatnya.

Noriah Abdullah, 60, peniaga produk kecantikan di Indah Permai berkata pembanguna­n Sepanggar merupakan hasil inisiatif kerajaan yang mahu kemajuan kawasan itu seiring dengan peningkata­n taraf hidup pendudukny­a.

“Kami mahu Sepanggar terus berada di bawah pemerintah­an kerajaan yang sedia ada kerana sudah nampak perubahan pembanguna­n itu berbanding jika berada di bawah pemimpin yang belum pasti kewibawaan­nya.

“Memang merisaukan jika kawasan ini ditadbir oleh pihak lain (pembangkan­g), pembanguna­n di Sepanggar akan lambat dan apa yang kita impikan selama ini tidak akan tercapai... biasanya wakil pembangkan­g hanya pandai bermain kata-kata (retorik) tetapi tidak mampu membawa apa-apa pembanguna­n,” katanya kepada Bernama.

Nur Izman Abdul Razak, 58, berkata sebagai rakyat di Sepanggar mereka turut merasai kemajuan di kawasan itu dengan bermulanya pembinaan pelabuhan Sepanggar yang mampu menyediaka­n peluang pekerjaan.

“Sekarang sudah nampak kemajuanny­a, ada pelabuhan, kilang, Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu pun di sini dan macam-macam lagi. Kami sokong apa juga kerajaan aturkan kerana kami tahu ia sentiasa yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, pemandu teksi Abdul Hamid Imam Gulam, 33, mahu perkhidmat­an teksi dapat dinaik taraf supaya dapat memberikan perkhidmat­an yang lebih baik khususnya kepada pelancong tempatan dan luar negara.

“Kami berharap kemudahan perkhidmat­an teksi akan dapat ditambah baik lagi untuk kebaikan rakyat Sabah... insya-Allah,” katanya.

Bagi Anwar Moktar, 26, beliau merasa amat teruja pada pilihan raya kali ini kerana buat pertama kalinya akan membuang undi.

“Selain teruja saya dapat menunaikan tanggungja­wab sebagai rakyat untuk mengundi,” katanya.

Sepanggar yang terletak di pantai barat bandar raya Kota Kinabalu merupakan Parlimen yang mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Karambunai dan Inanam.

Anggota Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris, mengetuai UMNO Sepanggar sejak 2008, memenangi kerusi itu dengan majoriti 9,442 undi, menewaskan calon DAP Jeffrey Kumin pada PRU13.

Turut mencuba nasib di kerusi Sepanggar ketika itu ialah calon SAPP, Chong Hon Kiong yang meraih 4,070 undi dan Daniel John Jambun daripada STAR yang terpaksa berpuas hati dengan 1,931 undi.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia