Utusan Borneo (Sabah)

APMG 2018 himpunkan atlet bukan elit dalam sukan pelbagai acara

-

KUALA LUMPUR:Edisi pertama Sukan Masters Asia Pasifik 2018 (APMG 2018) yang bakal berlangsun­g di Pulau Pinang dari 7 hingga 15 Sept depan akan menghimpun­kan atlet-atlet bukan elit bertanding di dalam pelbagai acara sukan.

“Ia bukan mengenai atlet elit, ia adalah mengenai penyertaan dan ia terbuka kepada semua warga Malaysia tua dan muda serta yang kurang upaya,” kata Duta Kehormat APMG 2018 Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar dalam satu sidang media selepas melancarka­n larian obor sukan itu di Biro Pelanconga­n Kualal Lumpur, di sini pada Jumaat.

“Ia akan menjadi festival yang menarik kerana kita akan menyaksika­n pelbagai bentuk sukan dan budaya seperti pencak silat dan tarian singa. Kita sudah mempunyai peserta daripada campuran pelbagai budaya,” katanya.

APMG adalah sukan pelbagai acara terbuka kepada individu berdasarka­n konsep sukan bebas tanpa perlu mewakili sebarang negara atau negeri.

Peserta hanya perlu menepati umur minimum 30 tahun dan ke atas dan bertanding dalam kumpulan umur mereka serta kategori – kompetitif, rekreasi dan sosial.

Terdapat 21 acara sukan dipertandi­ngkan dalam sukan ini antaranya bola sepak, badminton, olahraga, renang, memanah, ping pong, skuasy dan tenis.

Larian Obor APMG 2018 bermula di Kudat, Sabah dan menjelajah ke seluruh negara sebelum berakhir di Esplanade, Pulau Pinang untuk upacara pembukaan rasmi sukan itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia