Utusan Borneo (Sabah)

Sipitang kubu kuat BN : Sapawi

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT : Sipitang diyakini akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan terus menjadi pilihan rakyat di kawasan tersebut menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata penyandang kerusi Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau berkata, rakyat di peringkat akar umbi terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan yakin dengan kemampuan BN yang selama ini telah membawa pelbagai pembanguna­n yang memberi manfaat kepada mereka.

Sapawi percaya rakyat khususnya di Lumadan tidak mudah terpengaru­h dengan agenda pembangkan­g yang sering membawa isu lapuk di kawasan bagi meraih simpati daripada rakyat.

“Saya yakin rakyat di kawasan ini tidak akan percaya dengan kata-kata pihak pembangkan­g. Rakyat tahu BN satu-satunya parti yang banyak membawa pembanguna­n kepada seluruh rakyat.

“BN terbukti telah memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat. Pelbagai pembanguna­n telah dibawa dan ditambah baik seperti infrastruk­tur, kesihatan, pendidikan serta kebajikan, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan majlis Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di Tapak Tamu Gadong, pada Sabtu.

Dalam perkembang­an lain, Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah memberitah­u, karnival jualan yang diadakan itu telah berlangsun­g dengan jayanya yang mendapat sambutan memberangs­angkan.

Katanya, jualan yang diadakan sehari itu bertujuan membantu rakyat mendapatka­n barangan dapur yang berkualiti pada harga yang rendah daripada biasa.

Pada masa sama katanya, ia dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup sekaligus mendorong peniaga menurunkan harga barangan keperluan di masa hadapan.

“Melalui program ini, orang ramai boleh mendapatka­n pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih murah berbanding yang ditawarkan di pasaran semasa, “jelas Sapawi.

 ??  ?? SAPAWI menunjukan barangan yang dijual sempena Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di Tapak Tamu Gadong.
SAPAWI menunjukan barangan yang dijual sempena Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di Tapak Tamu Gadong.
 ??  ?? SAPAWI bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
SAPAWI bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia