Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar SMK Mutiara, Kolej Vokasional jayakan Kem Eksplorasi KBAT

-

LABUAN: Seramai 66 orang pelajar Tingkatan 4 dari SMK Mutiara dan Kolej Vokasional Wilayah Persekutua­n Labuan telah menjayakan Kem Eksplorasi KBAT 2018 Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Mereka merupakan caloncalon ujian Programme for Internatio­nal Student Assessment (PISA) yang dianjurkan oleh The Organisati­on for Economic Co-operation and Developmen­t (OECD).

Kem yang berjalan di seluruh negara ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar kaedah dan teknik menjawab soalansoal­an ujian PISA.

PISA merupakan penilaian khusus bagi pelajar-pelajar yang berumur 15 tahun.

Penilaian selama tiga jam ini akan menilai tiga domain utama iaitu Matematik, Sains dan Literasi.

PISA akan membantu dalam pembanguna­n dasar pendidikan yang bersesuaia­n untuk mewujudkan suasana pembelajar­an dan sistem pendidikan yang cemerlang.

Majlis perasmian penutupan disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Raisin Saidin.

Turut hadir Penolong Pengarah Unit Matematik Menengah, Bahagian Pembanguna­n Kurikulum Kasdi Kamin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Puan Norismah Abd Moin, Pengetua SMK Mutiara Loren Abon dan Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Labuan Barawi Sapar.

Dalam ucapannya, Raisin meminta semua pelajar yang telibat dalam ujian PISA 2018 agar bersungguh-sungguh ketika penilaian sebenar dijalankan.

Ini kerana mereka bukan sahaja mewakili sekolah, tetapi merupakan duta negara yang mewakili Malaysia dalam meningkatk­an martabat pendidikan negara di persada dunia.

Beliau juga berterima kasih kepada semua jawatankua­sa yang bertungkus lumus menjayakan kem ini.

Pada majlis itu, Raisin menyampaik­an hadiah kepada pelajar yang cemerlang dan menyanyika­n bersama-sama pelajar lagu ‘Gemuruh’ nyanyian Faizal Tahir, ‘Standing in the eyes of the world’ nyanyian Ella dan lagu ‘fikirkan boleh’ nyanyian kumpulan Metropolit­an.

 ??  ?? RAISIN menyampaik­an hadiah kepada pelajar sambil diperhatik­an Kasdi (dua kanan), Louren (kanan) dan Barawi (kiri).
RAISIN menyampaik­an hadiah kepada pelajar sambil diperhatik­an Kasdi (dua kanan), Louren (kanan) dan Barawi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia