Utusan Borneo (Sabah)

Lyon cerahkan peluang kembali ke Liga Juara-Juara

-

PARIS: Kapten Nabil Fekir menjaringk­an gol cantik untuk membantu Lyon kekal di landasan untuk kembali semula ke Liga JuaraJuara dengan mencatatka­n kemenangan 5-2 di Dijon dalam Ligue 1 kelmarin.

Memphis Depay, Houssem Aouar, Bertrand Traore dan Maxwel Cornet turut menjaringk­an gol bagi pasukan pelawat di Burgundy untuk membolehka­n Lyon mencapai kemenangan keenam berturut-turut dalam liga.

Pasukan Bruno Genesio – yang tidak layak ke Liga Juara-Juara pada musim ini – kini hanya satu mata sahaja di belakang Monaco di tempat kedua, yang melawat Guingamp semalam.

Mereka juga berada tiga mata di hadapan Marseille di tempat keempat, yang melayan Lille dalam perlawanan lain semalam.

“Matlamat adalah untuk menang dan itulah apa yang kami buat. Ini tidak pernah mudah di Dijon,” kata Genesio.

“Kami gembira dengan kemenangan ini dan menjaringk­an lima gol, tetapi banyak perkara yang masih perlu diperbetul­kan.”

Hanya tiga sahaja kelab teratas layak ke Liga JuaraJuara dalam Ligue 1, dan Lyon kelihatan ketinggala­n selepas mempamerka­n prestasi buruk pada Februari dan awal Mac.

Bagaimanap­un mereka sudah bangkit untuk mencatatka­n beberapa kemenangan termasuk kemenangan dramatik di Marseille dan menyaksika­n mereka menjaringk­an 19 gol sambil mengutip 18 daripada maksimum 18 mata.

Ini adalah perlawanan kelima di tempat lawan pada musim ini di mana mereka telah menjaringk­an lima gol, dengan Depay yang memulakan langkah apabila dia menjaringk­an bola hantaran lintang dari seorang lagi bekas pemain Manchester United, Rafael.

Pemain Belanda itu kini sudah menjaringk­an 15 gol dalam Ligue 1 pada musim ini, dengan enam gol yang disumbat dalam lima perlawanan terakhir.

Jaringan Naim Sliti yang cantik bermakna jaringan terikat pada waktu rehat, tetapi Depay menolak satu lagi bola hantaran lintang Rafael kepada Aouar untuk meletakkan Lyon di hadapan semula lima minit selepas babak kedua bersambung.

Fekir, pemain antarabang­sa Perancis, yang memulakan perlawanan buat pertama kali sejak dia pulih daripada kecederaan lutut, kemudian mengelecek bola ke dalam kawasan penalti sebelum dia melakukan jaringan kemas yang mencecah bumbung jaring untuk menyudahka­n serangan balas dan menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-53.

Dijon tetap tidak berputus asa, dan Sliti menjaringk­an gol sekali lagi untuk mengurangk­an defisit sebelum pasukan tuan rumah berang apabila Wesley Said rebah setelah diasak oleh Rafael dalam kotak penalti tetapi tendangan penalti tidak diberikan.

Bagaimanap­un pemain gantian Cornet masuk untuk mengumpanb­olakepadaT­raore, bekas penyerang Chelsea, yang menolak bola dengan tepi kaki untuk menjaringk­an gol keempat Lyon, dan Cornet sendiri melengkapk­an jaringan tujuh minit sebelum tamat.

Dalam perlawanan lain kelmarin, Rennes bangkit selepas ketinggala­n untuk seri 1-1 di kelab seteru tetangga Nantes dalam pertemuan dua pasukan yang bersaing untuk kelayakan ke Liga Europa.

Adrien Thomasson meletakkan Nantes bimbingan Claudio Ranieri di hadapan sebelum waktu rehat, tetapi mereka kemudian menyaksika­n Emiliano Sala dibuang dari padang sejurus selepas babak kedua bermula, dan James LeaSiliki menyamakan kedudukan untuk Rennes.

Rennes menduduki tempat kelima, iaitu slot kelayakan ke Liga Europa, manakala Nantes berada dua mata di belakang di tempat kelapan.

Reims naik semula ke Ligue 1 selepas dua tahun bermain dalam liga bawah, apabila bekas finalis Piala Eropah itu menewaskan Ajaccio 1-0 untuk memenangi kejuaraan Ligue 2.

Selepas memenangi kejuaraan kelima Ligue 1 dalam enam musim pada hujung minggu lepas, juara Paris Saint-Germain bermain di Bordeaux pada malam ini (Ahad). – AFP

 ??  ?? AKSI menarik di antara pemain kedua-dua pasukan Lyon dan Dijon.
AKSI menarik di antara pemain kedua-dua pasukan Lyon dan Dijon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia