Utusan Borneo (Sabah)

Tugas sukar cari pengganti Wenger: Ketua Eksekutif Arsenal

-

LONDON: Ketua eksekutif Arsenal Ivan Gazidis percaya dia sekarang berdepan dengan tugasan yang mustahil untuk mencari pengganti yang sesuai bagi pengurus yang bakal meninggalk­an kelab itu, Arsene Wenger.

Wenger, 68, kelmarin mengumumka­n dia akan meletak jawatan pada hujung musim ini selepas 22 tahun menggalas tugas.

Walaupun memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan rekod tujuh Piala FA, tekan anyang semakin meningkat telah dikenakan ke atas Wenger untuk meninggalk­an kelab itu oleh penyokong kelab yang tidak berpuas hati setelah dia gagal untuk menandingi standard yang dia letak pada awal pengurusan­nya sejak sedekad lalu.

The Gunners tidak memenangi EPL selama 14 tahun dan tidak akan layak ke Liga Juara-Juara bagi musim kedua berturut-turut jika mereka tidak memenangi Liga Europa, di mana mereka akan menentang kelab gergasi Sepanyol, Atletico Madrid, pada peringkat separuh akhir.

“Kita tidak akan menemui pengganti bagi Arsene Wenger atas pelbagai sebab ,” kata Gaz i di s ketika dia berucap di satu sidang akhbar di stadium kelab itu di Emirates kelmarin.

“Kelab bola sepak ini berada di tempat yang sangat berlainan berbanding 22 tahun lalu dansa ya tidak fikir kita akan mempunyai seorang lagi pengurus dalam EPL, apatah lagi Arsenal, yang akan menggalas tugas selama 22 tahun dan menikmati kejayaan konsisten yang dikecapi Arsene selama ini.”

Walaupun Arsenal ada masalah di dalam padang sejak beberapa musim lalu, mereka masih kelab keenam paling kaya di dunia, menurut Liga Wang Bola Sepak tahunan perunding kewangan, Deloitte.

Gazidis juga mendakwa Wenger meninggalk­an kelab itu dalam keadaan yang jauh lebih baik berbanding ketika dia tiba sebagai lantikan yang mengejutka­n dari kelab di Jepun, Grampus Eight, pada 1996.

“Arsene sering berkata dia mahu meninggalk­an kelab ini dalam kedudukan yang lebih baik berbanding ketika dia menjumpain­ya,” ujar Gazidis.

“Kita berada di tempat yang lebih baik pada hari ini berbanding apa yang kami dapat bayangkan 22 tahun lalu. Asas bagi kelab ini tidak pernah lebih kukuh lagi dan ini memberikan saya keyakinan yang tinggi pada waktu kita mula mencarta jalan di hadapan.”

Bagaimanap­un Gazidis beberapa kali mengelak soalan mengenai sama ada dia mahu Wenger menamatkan tahun terakhir dalam lanjutan kontrak selama dua tahun yang dia tandatanga­ni pada musim panas lalu.

The Wall Street Journal melaporkan Wenger memilih untuk meninggalk­an kelab menurut termanya sendiri dan enggan berdepan dengan pemecatan pada hujung musim ini.

Bagaimanap­un Gazidis mendakwa usaha belum dimulakan untuk melantik pengganti sebelum Wenger mengumumka­n keputusann­ya.

Bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira, pengurus Celtic, Brendan Rodgers, dan jurulatih Jerman Joachim Loew adalah antara calon-calon utama di kalangan penerima taruhan dalam barisan calon yang terbuka luas.

“Kami belum lagi mengadakan perbincang­an setakat ini mengenai proses itu,” ujar Gazidis.

“Perkara paling penting ialah untuk membuat pelantikan yang tepat, bukan pelantikan yang cepat.” – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia