Utusan Borneo (Sabah)

Muzikal kembali dapat tempat di Hollywood

-

HOLLYWOOD sudah jatuh cinta semula dengan filem muzikal, digoda oleh kejayaan pemenang Oscar ‘La La Land’ dan dibangkitk­an oleh beberapa adaptasi aksi hidup Disney.

Dalam landskap Tinseltown yang umumnya didominasi adiwira, 2017 masih menyaksika­n ‘La La Land’, ‘The Greatest Showman’ dan ‘Beauty and the Beast’ mengaut lebih AS$2.1 bilion di box office global.

Disney merupakan tulang belakang bagi kebangkita­n itu, dan sekuel ‘Mary Poppins’ dijangkaka­n pada hujung tahun ini – dengan Emily Blunt yang mengambil alih watak pengasuh kanak-kanak ajaib yang ikonik – dan versi aksi hidup baharu ‘Aladdin’, ‘Dumbo’ dan ‘The

Lion King’ dijadualka­n pada 2019.

Namun ‘Mamma Mia! Here We Go Again’ terbitan Universal dan filem versi baharu ‘West

Side Story’ arahan Steven Spielberg juga dalam perancanga­n, selain versi kemas kini bagi filem

‘A Star Is

Born’ yang dibintangi Lady Gaga.

“Satu generasi orang telah membesar dengan menonton filem animasi muzikal, dan ia telah membentuk audiens untuk itu,” kata Andy Kirshner, seorang komposer, penghibur dan profesor di Universiti Michigan.

“Toleransi bagi fantasi adalah lebih tinggi pada hari ini.”

Sebelum ‘kebangkita­n’ ini, filem muzikal belum lagi lenyap sepenuhnya dari Hollywood – ‘Chicago’ memenangi anugerah Oscar bagi Filem Terbaik pada 2003, dan filem seperti ‘Grease’ dan ‘Mamma Mia!’ dibuka kepada sanjungan ramai.

Namun kejayaan itu adalah kekecualia­n: genre itu lebih kurang disisihkan dalam skrin perak selepas ‘The Sound of Music’ pada 1965.

Sejak beberapa dekad kebelakang­an ini, muzik dan tarian telah diutamakan berbanding nyanyian, yang tidak ada dalam filem klasik termasuk ‘Saturday Night Fever’, ‘Footloose’ dan ‘Flashdance’.

Kirshner keberatan untuk membanding­kan kebangkita­n muzikal sekarang dengan zaman keemasan genre itu yang membentuk Hollywood, yang bermula sekitar tahun 1927 dengan ‘The Jazz Singer’.

Pada zaman kegemilang­an itu, studio “mempunyai barisan bintang yang mengikat kontrak, komposer, penulis lirik, pereka penerbitan ... yang dapat menghasilk­an muzikal mengikut jadual”, katanya.

“Saya tidak fikir kita akan pernah melihat itu lagi kerana cara filem dibuat sekarang,” ujarnya.

Sehingga sekarang, kebanyakan filem muzikal kelihatan mengekalka­n tradisi genre itu, dengan lagu-lagunya yang mematuhi stail klasik tanpa banyak inspirasi daripada muzik moden.

Filem klasik kegilaan ramai ‘The Rocky Horror Picture Show’, yang dikeluarka­n 43 tahun lalu, dan filem arahan Baz Luhrmann ‘Moulin Rouge!’ (2001) adalah projek-projek lebih inovatif yang berjaya menawan audiens yang lebih luas.

“Keaslian genre ini sudah berubah-ubah sejak zaman 1960an,” kata Desiree Garcia, seorang profesor di Kolej Dartmouth dan seorang aktres yang berlakon dalam ‘Guy and Madeline on a Park Bench’, filem cereka sulung daripada pengarah ‘La La Land’ Damien Chazelle.

“Ia adalah signifikan bahawa Damien dapat menunjukka­n sebuah filem muzikal asli Hollywood dapat dibuat dengan jimat, mengumpul keuntungan besar, dan menerima pujian kritikal di festival dan daripada pengkritik,” katanya.

Generasi baharu pengarah dan penulis lagu yang berminat untuk membuat bahan baharu mungkin akan “menandakan perubahan besar bagi filem muzikal”, ujar Garcia. - AFP

PEMENTASAN PENUH: Gambar fail bertarikh 21 November 2016 ini menunjukka­n pelakon Perancis Clement Hervieu-Leger semasa satu sesi bergambar di panggung La Comedie Francaise di Paris. Dipersemba­hkan buat pertama kali dalam versi penuh di Perancis, ‘L’Eveil du printemps’ oleh penulis drama Jerman, Frank Wedeking akan ditayangka­n di Comedie Francaise dan diarahkan oleh Clement Hervieu-Leger. — Gambar AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail yang diambil pada 16 November 2016 menunjukka­n Emma Stone menghadiri Gala Tayangan ‘La La Land’ semasa AFI Fest 2016, di TCL Chinese Theatre di Hollywood, California.
— Gambar AFP GAMBAR fail yang diambil pada 16 November 2016 menunjukka­n Emma Stone menghadiri Gala Tayangan ‘La La Land’ semasa AFI Fest 2016, di TCL Chinese Theatre di Hollywood, California.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia