Utusan Borneo (Sabah)

Perintah Berkurung baharu mula berkuatkua­sa

-

KOTAKINABA­LU: Perintah Berkurung baharu nombor 87 mula berkuatkua­sa hari ini pada jam 6 petang selama 24 jam.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din mengisytih­arkan lanjutan perintah berkenaan mengikut Seksyen 31(1) Akta

Polis 1967.

Katanya, Perintah Berkurung itu akan dilanjutka­n oleh Menteri Dalam Negeri selama 14 hari bermula 25 April 2018 hingga 9 Mei 2018 jam 6 petang mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967. “Dengan berkuatkua­sanya Perintah Berkurung ini orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendak­i berada di dalam rumah.

“Orang lain juga tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang disytihark­an antara jam 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan.

“Perintah Berkurung ini juga meliputi kawasan yang sama dengan Perintah Berkurung nombor 86,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata kawasan terbabit termasukla­h perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Ramli berkata, keperluan untuk meneruskan Perintah Berkurung bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas.

Selain itu katanya, ia bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan kawasan Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esszone).

“Arahan ini juga bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti perikanan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah (KPD) Esszone untuk mengeluark­an permit kepada mana-mana pemohon aktiviti perikanan atau laluan yang mendesak,” katanya.

 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia