Utusan Borneo (Sabah)

Anifah yakin rakyat Kimanis terus sokong BN PRU14

-

KIMANIS: Ketua UMNO Bahagian Kimanis Datuk Seri Anifah Aman yakin rakyat di Parlimen Kimanis akan terus menyokong penuh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menjelang tidak lama lagi.

Menteri Luar itu berkata penduduk Parlimen Kimanis yang turut merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan DUN Membakut adalah mereka yang baik budi dan menghargai segala usaha pembanguna­n dibawa kerajaan ke situ.

Anifah yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kimanis berkata kewujudan calon parti pembangkan­g di negeri ini tidak akan menggugat kesetiaan dan sokongan rakyat Kimanis kepada BN.

“Rakyat Kimanis tahu menilai mana satu kaca dan mana satu permata. Rata-rata penyokong kita (BN) tidak boleh ditipu... mereka tetap setia dan akan tetap bersama BN.

“Siapa juga calon pembangkan­g (pada PRU14)... Kita tidak khuatir... Lawan tetap lawan... Saya yakin rakyat Kimanis akan terus menyokong BN,” katanya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bongawan, dekat sini pada Isnin.

Majlis itu disempurna­kan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin; penyandang kerusi DUN Bongawan Datuk Mohamad Alamin dan penyandang kerusi DUN Membakut Datuk Mohd Arifin Arif.

Anifah berkata jentera parti juga akan menyokong sesiapa sahaja calon BN dipilih bagi mewakili kerusi Parlimen dan DUN di kawasan itu pada PRU14 bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti.

Dalam pada itu, Anifah turut mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan kerana membangunk­an Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis dan Lebuhraya Pan Borneo yang pastinya memberi manfaat kepada penduduk di kawasan itu.

Bagaimanap­un, beliau berkata, masih banyak lagi pembanguna­n diperlukan oleh penduduk Kimanis termasuk kemudahan jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik. Bernama

 ??  ?? ZAHID (kiri) menyerahka­n cek peruntukan membaik pulih gereja kepada Anifah pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tamu Pekan Bongawan, Isnin.
ZAHID (kiri) menyerahka­n cek peruntukan membaik pulih gereja kepada Anifah pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tamu Pekan Bongawan, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia